keamanan dan kemakmuran di kalangan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama, tetapi mereka sebuah parti yang punyai matlamat untuk memecah-belahkan kaum di negara ini.
Sebelum memerintah Pulau Pinang, sekitar tahun 2008, DAP dilihat 'ok' dan neutral dalam isu politik, namun keadaan berubah setelah berjaya memegang tampuk pimpinan negeri itu sehingga menampakkan sifat sebenar parti yang semakin sombong, angkuh dan rasis.
Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Mejar Datuk Huan Cheng Guan berkata DAP yang dikenali sebagai Democratic Action Party telah lari daripada dasar yang sebenar dan seperti kehilangan arah kerana sudah kembali bersahabat dengan pemimpin yang pernah dimusuhi berpuluh tahun dahulu.
"Sebelum memerintah Pulau Pinang, mereka (DAP) tiada masalah. Tetapi lihat apa yang berlaku selepas mereka berjaya tawan Pulau Pinang? Negara akan aman tanpa DAP.
"Lihat sahaja di Pulau Pinang, dulu tiada masalah untuk meraikan perayaan yang besar, tapi kini, perayaan Thaipusam diadakan dua perbarisan yang berlainan mengikut kasta...itu menunjukkan DAP sengaja nak pecah belahkan kaum India di sana.
"Ada yang kata DAP ni Developer Action Party atau pun Damn Arrogant Party kerana sikap sombong dan angkuh mereka dan ghairah menarah bukit-bukau sehingga menyebabkan banjir lumpur yang amat teruk berlaku di Pulau Pinang," katanya yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Batu Kawan.
Beliau berkata demikian pada Program Diskusi UMNO-Online : Anda Tanya Kita Jawab bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP anjuran Media UMNO Malaysia dan Jabatan Penerangan UMNO Malaysia pada Rabu.
Turut hadir ialah bekas aktivis DAP, Razali Abdul Rahman sebagai panel dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Tan Sri Annuar Musa bertindak sebagai moderator.
Tambah Cheng Guan, slogan Pulau Pinang iaitu 'Cleaner & Greener Penang', tak sesuai dengan apa yang dilakukan DAP pada masa kini dengan melihat apa yang sedang berlaku di negeri itu.
"DAP kini agak kuat...kenapa? Kerana mereka bijak mengalihkan isu dan perkara yang berbangkit di Pulau Pinang. Mereka berani untuk putar belit isu sehingga masyarakat Cina sendiri tidak tahu sama ada perkara itu benar atau tidak.
"DAP di Pulau Pinang, walaupun kerja tidak dilaksanakan, kerja salah tetapi mereka tetap menyalahkan orang lain dan tidak berani mengambil tanggungjawab ke atas apa yang telah mereka lakukan.
"Banyak isu di sana yang kita tahu. Jika dahulu, banjir kebiasaannya berlaku di Kelantan dan Terengganu, tetapi di sana banjir berlaku lebih teruk kerana segala bukit ditarah, pokok ditebang sehingga mengakibatkan banjir," katanya.
Katanya lagi, DAP juga tidak memikirkan masalah rakyat negeri khususnya di Pulau Pinang, negeri yang dipimpin oleh Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Bayaran tempat letak kereta dinaikkan, tarik air naik tiga kali dalam setahun dan berkemungkinan akan naik lagi tahun hadapan, sewa gerai menigkat 200 peratus dan kampung Melayu hilang begitu sahaja. Ini bukti bahawa orang Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan oleh DAP.
"Mereka juga pernah kata nak bina rumah kos rendah. Tetapi tiada. Tiada rumah mampu beli tetapi hanya rumah mampu tengok sahaja. Ini semua masalah DAP," katanya.
Ujarnya lagi, jika benar DAP merupakan parti demokratik, ketua menteri negeri itu seharusnya dipegang oleh Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan bukan pemimpin yang ada sekarang ini.
"Jika betul parti demokratik, sebenarnya Kon Yeow yang layak jadi Ketua Menteri. Guan Eng siapa? Dia dari Melaka. Dia kalah di Melaka kemudian dihalau ke Pulau Pinang," katanya.
Diakhir perbualannya, Cheng Guan memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah banyak membantu masyarakat Cina di negara ini khususnya bagi peruntukkan bajet yang diberikan untuk membina 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
"Perdana Menteri telah lakukan terbaik untuk masyarakat Cina. Saya boleh katanya beliau seorang manusia yang berjiwa besar. Walaupun dimaki, dihina di lama sosial, beliau tetap 'releks', tidak ambil tindakan kepada mereka sebab itu mereka mengambil kesempatan.
"Saya nak tanya kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Apa yang mereka lakukan untuk SJKC sehingga ke hari ini? Pernah ke mereka bantu SJKC dengan duit mereka sendiri walaupun hanya RM200? Cakap pandai,duit sendiri nak bantu tak pernah keluar.
"Barisan Nasional (BN) telah banyak buat kebaikan untuk masyarakat Cina.Saya berbangga menjadi masyarakat Cina di Malaysia," katanya.-30/11/2017
Agenda Daily
No comments:
Post a Comment