Menurut penganalisis politik, Lim Sian See ianya ternyata bertentangan dengan dakwaan DAP yang sebelum ini mendakwa ia bakal menelan kos dua kali ganda lebih tinggi, sebaliknya projek bernilai RM628 juta ini adalah jauh lebih murah berbanding lebuh raya biasa di Pulau Pinang dan enam kali lebih murah berbanding kos pembinaan laluan Pan Island Link 1 (PIL 1).
“Jumlah kos pembinaan (jalan pintas Rawang)? RM628 juta. Lebih rendah berbanding dua kali ganda kos DAP bayar “laporan” (mendakwa) ia tidak boleh disiapkan walaupun selepas empat tahun.
“Walaupun jika anda tidak masukkan dalam akaun kos naik taraf 12 km lebuh raya itu dan hanya mengambil kira (kos) struktur baharu sejauh 9 km, kosnya adalah RM69.8 juta per km,” demikian katanya.
Mengakui bahawa terdapat kelewatan hampir dua tahun susulan perubahan reka bentuk ekoran mengambil kira keadaan ekosistem, Lim menambah, selain memendekkan masa perjalanan dan pengguna boleh menikmati pemandangan yang cantik sepanjang lebuh raya itu, lebuh raya itu juga bebas tol.
Terdahulu, Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Pan Island Link 1 (PIL-1) sepanjang 19.5km melibatkan kos RM7.5 bilion untuk dibina.
Bagaimanapun, kenyataan itu berkata adalah tidak patut untuk membandingkan kos PIL-1 dengan projek lebuh raya lain kerana setiap projek adalah “unik”.
Terdahulu, lebuh raya tertinggi di Malaysia, jalan pintas Rawang (Rawang Bypass) dengan ketinggian 58.2 meter akhirnya dibuka secara rasmi kepada pengguna pada jam 6 pagi hari ini, dan ia dijangka memberi manfaat kepada lebih 30,000 pengguna kenderaan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dipetik media sebagai berkata, pembinaan jajaran dua lorong sehala sepanjang sembilan kilometer (km) itu memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit.
No comments:
Post a Comment