Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP negeri Perak, Nga Kor Ming kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan hasutan dalam ceramah politik di Perak baru-baru ini.
Abdul Rani berkata, tindakan Kor Ming yang sangat biadab dan melampau itu kini tular dilaman sosial menghasut masyarakat untuk mencontohi keperibadian buruk wakil rakyat DAP tersebut.
Jelasnya, Kor Ming bertindak kurang ajar dengan menggelar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan perkataan yang tidak sepatutnya berhubung isu Anugerah BrandLaureate yang diterima Zambry baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment