BALIK PULAU, 4 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri
Annuar Musa berkata, rakyat jangan terpengaruh dengan buah yang ranum dan bunga
yang cantik kerana kadangkala ia beracun dan busuk.
Jelas
beliau, kerana itulah rakyat harus memahami benih perjuangan sesebuah parti
yang ditubuhkan sebelum memberikan sokongan yang akhirnya akan membawa kesan
yang buruk.
“Apabila
kuasa rakyat dipindahkan kepada pihak memerintah, maka untung nasib orang yang
diperintah bergantung kepada matlamat, dasar dan program mereka yang telah
mendapat mandat.
“Selain
soal memerintah dan proses membentuk pemerintahan, kita harus faham apa yang
terjadi umpama buah yang lahir dari pokok yang kita semai dan dari benih yang
ditanam… kalau padi yang ditabur maka harus padi yang dituai, mana mungkin
tanam lalang tumbuh padi.
“Jadi
kalau berpolitik tanpa tahu asas maka ia akan jadi caca marba. Ramai di
kalangan kita berbaju merah jadi ahli perjuangan parti sekian lama tapi
terputus dari akar, hanya nampak daun, bunga dan buah, tidak memahami pokok
atau cuba kenal benih pokok,” ujarnya dalam sesi bicara minda dan dialog
Perjuangan4All di Balik Pulau, malam tadi.
Tambah
Annuar, apa yang menjadi permasalahan sekarang ini adalah rakyat tidak memahami
asas dan asal kepada sesebuah perjuangan parti sehingga terpedaya dengan
permainan Dap.
Justeru
kini rakyat Pulau Pinang terpaksa memakan buah dan bunga yang busuk akibat
daripada tersilap percaturan.
“Kita
harus melihat parti Dap ini dengan wajah sebenar mereka… mereka kata Dap adalah
sebuah parti demoktratik tapi sebenarnya merekalah paling tidak demokratik.
“…
kerana apa… kerana sejak dulu orang yang sama memerintah. Lepas bapa pergi ke
anak pula… kita telah bertukar ramai pemimpin tapi mereka masih orang yang
sama.
“Satu
lagi contoh, dulu Dap cakap Pahang banjir kerana rasuah… kini dengan kuasa
Allah Pulau Pinang banjir teruk maka kalau ikut cakap mereka yang dulu,
sekarang ini Penang banjir sebab rasuahlah,” tegasnya lagi.
Selain
itu tegas beliau, rakyat juga harus mengetahui pergaduhan awal dalam UMNO
adalah kerana membincangkan bagaimana mahu bersama-sama dengan bangsa Cina dan
India sehingga akhirnya masing-masing mempunyai parti sendiri dan bergabung
bagi mencapai kemerdekaan tanpa ada politik perkauman.
“Perhimpunan
UMNO yang pertama turut membincangkan berkaitan kerakyatan bangsa Cina dan
India… jadi rakyat harus tahu UMNO itu lahir dengan turut memikirkan
kepentingan orang bukan Melayu.
“Semua
bangsa bergabung maka terwujudlah perkongsian kuasa… tiada politik perkauman
sehinggalah Dap ditubuhkan,” terangnya lagi – MediaUMNO
No comments:
Post a Comment