ALOR SETAR - Kedah bersedia memberi tunjuk ajar kepada Pulau
Pinang dalam menangani masalah banjir secara berkesan, sekiranya diperlukan.
Setiausaha
Pemuda Umno Kedah, Syed Abdul Hafiz Syed Mustafa berkata, ini kerana negeri
Jelapang Padi dilihat mampu mengatasi masalah banjir lebih baik berbanding Pulau
Pinang.
"Sekiranya
kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP serius mahu tangani masalah banjir,
mereka boleh minta tunjuk ajar daripada Kedah.
"Walaupun negeri ini mempunyai sumber pendapatan jauh lebih kecil namun
masalah banjir diatasi secara berkesan,” katanya.
Menurutnya,
sejak Januari, kerajaan negeri Kedah telah membuat persediaan awal dengan
mengadakan mesyuarat bencana negeri bagi menyusun gerak kerja sekiranya berlaku
banjir.
“Persedian awal
ini bagi memastikan bantuan dapat disalurkan segera bila banjir berlaku.
Tambahan pula banjir kali ini memang dijangka kerana projek tebatan banjir
masih dibina selain projek memperluas sungai utama,” katanya.
Ketua Pemuda
Umno Bahagian Alor Setar itu berkata, banjir kali ini hanya melibatkan 3,439
mangsa, berbanding banjir besar pada 2010 sebanyak 33,414 mangsa.
Syed Abdul
Hafiz turut membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilihat cuba
mengalih isu masalah dalaman pentadbiran negeri itu dengan mencipta isu terbaru
berkaitan pembinaan LRT di Pulau Pinang.
“Beliau dakwa
ia tidak akan jadi kenyataan kerana tidak mendapat persetujuan kerajaan
persekutuan. Guan Eng sebenarnya mahu tutup kegagalannya menangani isu banjir.
"Jika Guan
Eng kata harus tukar Perdana Menteri barulah Pulau Pinang dapat LRT, maka Ketua
Menteri itu juga harus ditukar supaya masalah banjir dan rasuah di negeri itu
dapat diatasi,” katanya.
Menurutnya,
Guan Eng sepatutnya mencermin diri sendiri sebelum menuding jari kepada orang
lain.
"Kelulusan
yang tidak diberikan oleh kerajaan pusat adalah kerana ia akan memberi impak
negatif kepada nelayan.
"Harus
diingat, kerajaan persekutuan sentiasa dahulukan rakyat, bukannya seperti
pembangkang yang sering memikirkan kepentingan mereka tanpa menghiraukan nasib
rakyat,” katanya.
Syed Abdul
Hafiz turut membangkitkan kegagalan Guan Eng menyalurkan RM22.09 juta yang
menjadi punca kegagalan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) merangka serta
mengurus perparitan.
“Daripada Guan
Eng membazir RM305 juta hanya untuk kos kajian terowong dasar laut, lebih baik
wang itu digunakan untuk mengatasi masalah banjir,” katanya.
Menurutnya,
rakyat Pulau Pinang harus sedar siapa sebenarnya Lim Guan Eng, dan percaya
peralihan isu itu tidak akan dapat menutup kelemahan pentadbiran DAP.
“Saya cadangkan
Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu, merenung kembali
kegagalan kerajaan negeri pimpinannya menggunakan peruntukan diberikan kerajaan
pusat bagi menangani masalah banjir,” katanya.
SH
No comments:
Post a Comment