Wednesday, 2 August 2017

Rapid KL Lancar Talian WhatsApp Untuk Pengguna Laporkan Vandalisme

Langkah inisiatif badan kerajaan (JPJ) untuk mendekati pemandu menggunakan applikasi WhatsApp bagi melaporkan salah laku trafik pemandu lain kini diikuti pula oleh pihak Rapid KL apabila satu talian WhatsApp telah dilancarkan khas bagi menangani isu vandalisme.
Susulan penularan beberapa imej tentang kemudahan di laluan Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) yang telah dirosakkan baru-baru ini, langkah ini diwujudkan bagi menangkap individu yang melakukan kerosakan tersebut.

Menggunakan talian khas, apa yang boleh kita lakukan sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab sekiranya terlihat seseorang melakukan kerosakan awam, adalah dengan merakam serta menghantar mesej dan gambar tersebut ke nombor yang telah didaftarkan ini; 010-766 4472.


Selain daripada menyalurkan laporan tentang salah laku vandalisme, talian WhatsApp ini juga boleh digunakan oleh pengguna untuk memberi maklum balas tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rapid KL seperti MRT, LRT, Monorel, BRT dan bas yang di bawah selenggara Rapid KL.
Diharapkan dengan adanya perkhidmatan ini, aktiviti yang tak bermoral ini dapat dikurangkan sekaligus memberikan keselesaan yang berpanjangan kepada pengguna-pengguna lain.
p.s: Mentaliti kelas ketiga ini ibarat kera yang mendapat bunga.
Kredit : HafizRahim

No comments:

Post a Comment