Bagan atau dahulunya dikenali sebagai Pagan adalah sebuah bandar purba yang terletak di Mandalay, Myanmar. Dari abad ke-9 hingga abad ke-13, bandar ini merupakan ibu kota Kerajaan Pagan, iaitu kerajaan pertama yang berjaya menyatukan wilayah-wilayah di sekitarnya yang kemudian membentuk negara Myanmar seperti yang ada pada masa kini.
Semasa kemuncak kerajaan itu antara abad ke-11 sehingga abad ke-13, terdapat lebih 10,000 kuil Buddha, pagoda dan biara telah dibina di dataran Bagan. Kini hanya sekitar 2200 kuil dan pagoda sahaja yang masih tinggal hingga ke hari ini. Kebanyakan pagoda dan biara di sini masih digunakan sebagai tempat sembahan penganut Buddha atau sebagai tempat kanak-kanak tempatan diajar menjadi sami.
Selain daya tarikan sebagai bandar purba, Bagan juga menjadi lokasi untuk melihat matahari terbenam yang sangat menakjubkan. Shwesandaw Pagoda merupakan lokasi utama pelancong melihat fenomena matahari terbenam ini.
SiGonod
No comments:
Post a Comment