Menjawab Keluh Kesah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
1. HARGA IKAN KEBONG RM22?
- Ni nak tanya seekor atau sekilogram yang berharga RM22 ?
- Di mana tempat yang dimaksudkan tersebut?
- Sebelum ini MoA bersama-sama agensi di bawahnya berkempen memerangi orang tengah (peraih) yang membeli hasil dari petani / nelayan dengan harga rendah tetapi menjual dengan harga mahal. Agensi-agensi di bawah MoA juga telah berperanan menjadi peraih (beli dengan harga berpatutan dan jual kepada rakyat dengan harga berpatutan juga) bagi membanteras golongan ini. Cuma nak tahu juga, ada tak Pemuda Bunga berkempen kepada petani / nelayan supaya jangan jual kepada orang tengah bukan daripada agensi kerajaan?
2. CUKAI BARU DIKENAKAN?
- Apa jenis cukai yang dia cuba katakan?
- Ini namanya kenyataan menakut-nakutkan rakyat. Bagi statement pendek jer, cerita tak habis.
3. BIASISWA BERKURANGAN?
- Banyak lagi biasiswa yang ditawarkan oleh GLC, agensi kerajaan dan syarikat-syarikat korporat yang lain. Takkan nampak salah kerajaan jer?
- Kenapa biasiswa berkurangan? Jawapannya sebab budak-budak pro pembangkang, belajar tak pandai asyik berpolitik. Tamat study dengan results biasa-biasa tu pastu tak nak bayar balik pinjaman. Sebab tu lah biasiswa berkurangan.
- Ada juga yang tak mahu bekerja dan buat full time 'meniaga' fitnah dalam social media terhadap kerajaan pastu ada juga yang berharap owner syarikat datang jumpa dia intebiu kat rumah. Gila !
4. 600K RAKYAT MENGANGGUR?
- Dari mana dia dapat angka ni?
- Siapa yang menganggur sebenarnya? Berapa umur mereka maksudkan.
- Jika benar golongan muda hari ini sejumlah tersebut menganggur, maka Pemuda Bunga juga harus fikirkan akan nasib mereka. Tak semua mereka boleh diserapkan bekerja dengan kerajaan.
- Peluang pekerjaan masih banyak dibuka kepada anak muda hari ini dari badan beruniform dan swasta tapi sikap memilih kerja dan menyalahkan kerajaan tu menjadi punca mengapa ramai menganggur.
- Mungkin mereka lebih suka memikirkan keluh kesah Pemuda Bunga berbanding memikirkan masa depan mereka sendiri.
- Sedangkan parti Bunga pun takda masa depan, inikan pula depa nak fikirkan masa depan rakyat.
KESIMPULAN
- Orang macam ni memang jenis suka bagi ayat tak penuh dan biarkan orang yang membacanya membuat spekulasi tersendiri.
- Dalam masa yang sama, mereka tak menyatakan apa jalan keluar untuk permasalahan ini. Yang mereka jaja adalah tukar kerajaan berulang kali. Kerajaan Selangor & Pulau Pinang sediakan berapa ribu peluang pekerjaan kepada rakyat terutama anak negeri?
Selanjutnya : Rezqeen Hill
No comments:
Post a Comment