Lim Guan Eng patut jadi anak jantan,
lawan kes rasuah di Mahkamah
Semalam
Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan peruntukan Akta Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 yang menghendaki seseorang tertuduh memfailkan pertahanannya
sebelum perbicaraan sebagai tidak sah dan terbatal.
Keputusan
itu dibuat susulan rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli
perniagaan Phang Li Koon yang memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 62 akta itu
bercanggah dengan Artikel 5 (1) dan 8 Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan
yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan sudah semestinya disambut baik oleh pemimpin
serta penyokong pembangkang. Seperti biasa apabila satu – satu keputusan
mahkamah berpihak kepada mereka, pihak pembangkang akan memuji sistem kehakiman
negara. Namun jika mereka kalah sesuatu kes, kerajaan dan sistem kehakiman pula
yang dipersalahkan.
Kembali
kepada kes Lim Guan Eng, pada Disember tahun lalu, beliau dan ahli perniagaan
Phang Li Khoon telah didakwa di Pulau Pinang atas tuduhan rasuah.
Beliau
didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan diri
dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah
pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014.
Selain itu, Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Dalam
pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh
kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8
juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.
Persoalannya
sekarang, jika Lim Guan Eng tidak bersalah, mengapa beliau secara konsisten
cuba menangguhkan kes beliau yang kini sudah masuk tempoh hampir satu tahun?
Secara
lazimnya, jika Lim Guan Eng yakin beliau tidak bersalah dan melakukan sebarang
salah guna kuasa dan rasuah,beliau sepatutnya menggesa mahkamah supaya mempercepatkan
kes beliau supaya nama beliau dapat dibersihkan dan membuktikan pertuduhan ini
hanya merupakan satu taktik kerajaan BN menyerang DAP. Tetapi mengapa Lim Guan
Eng tidak mahu mendesak mahkamah mempercepatkan sebutan kes beliau?
Seperti
pepatah Melayu, Berani kerana benar, takut kerana salah
No comments:
Post a Comment