Saturday 20 May 2017

Wanita Cedera Parah dan 3 Cedera Di Langgar Kereta Hyundai Ketika Tengah Makan



Wanita yang cedera dan suasana di tempat kejadian seorang wanita dipercayai mengundur dan melanggar gerai makan di Lorong Baru, Jalan Macalister, Georgetown, hari ini.

Wanita parah manakala tiga lagi cedera dilanggar kereta ketika makan di gerai di Lorong Baru, Jalan Macalister, Georgetown, hari ini.

Kejadian berlaku pada 6.35 petang ketika kereta Hyundai yang dipandu seorang wanita dipercayai mengundur dan melanggar gerai makanan di situ.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, wanita berkenaan mengundur keretanya dari Jalan Macalister masuk ke Lorong Baru.

Beliau berkata, empat gerai makanan dirempuh kereta berkenaan menyebabkan pelanggan yang sedang makan turut dilanggar.

Katanya, tiga mangsa cedera ringan dan seorang wanita dilaporkan parah.

"Tiga mangsa diberikan rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang yang parah masih lagi dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemantauan lanjut.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan pemandu kereta untuk tindakan lanjut.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan cuai sehingga mendatangkan kecederaan terhadap orang lain," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment