Saturday 20 May 2017

Cara Masak Nasi Putih Yang Tidak Menggemukkan


Tidak dapat dinafikan, ramai yang takut untuk mengambil nasi dalam diet kerana dikatakan boleh menaikkan berat badan.

Ya, kalori dalam nasi pun memang tinggi sehingga 206kcal dan menyebabkan ramai berkira-kira mengambilkan. Namun, tahukah anda ada pengkaji yang menemui cara memasak nasi dan tidak menyebabkan kegemukan?

Memetik Times of India, the College of Chemical Sciences dari Sri Lanka yang menemui cara tersebut seterusnya menjadi khabar gembira buat mereka yang ingin menjaga badan, juga kesihatan.

1. Caranya, tambahkan satu sudu teh minyak kelapa ke dalam air mendidih, kemudian masukkan setengah cawan beras dan rebus selama 40 minit.

2. Seterusnya, sejukkan selama 12 jam dalam peti sejuk sebelum makan. Cara begini dapat meningkatkan kandungan serat 10 kali ganda berbanding menanak nasi dengan cara biasa.



Dikatakan, cara ini juga membuatkan kandungan kalori nasi putih turun sehingga 60 peratus. Oleh itu, meskipun ia diambil dalam pemakanan harian, ia tidak menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat dan juga tidak membuatkan badan menjadi gendut.

Jadi, bagaimana? Bolehlah mencuba cara begini untuk menanak nasi nanti! - CARI

No comments:

Post a Comment