GEORGE TOWN: Pembangkang Pulau
Pinang kecewa 3 usul ke Dewan Undangan Negeri ditolak, termasuk usul menuntut
Guan Eng bercuti sementara menunggu perbicaraan kes rasuahnya.
Ketua
Pembangkang Datuk Jahara Hamid berkata penolakan usul menunjukkan parti
pemerintah tidak boleh bertolak ansur dengan suara bangkangan dan melanggar
mantera “kebebasan bersuara” yang diuar-uarkan.
“Ke
mana perginya kebebasan bersuara? Lihat apa yang sedang mereka lakukan. Ini
bercanggah dengan pendirian mereka. Ini hipokrasi.
“Pemimpin
DAP dakwa demokrasi cara mereka. Tetapi apabila ia tidak menyebelahi mereka,
mereka tak boleh terima,” katanya ketika dihubungi.
Jahara
berkata beliau dimaklumkan dewan mengenai penolakan usul itu. Nampaknya
kerajaan negeri sudah menetapkan pendirian berhubung perkara itu sebelum dewan
bersidang, katanya.
Sementara
itu, Speaker Law Choo Kiang ketika dihubungi berkata: “Sebagai menghormati
Dewan yang mulia dan perintah tetap, saya hanya akan mengulas selepas Dewan
mula bersidang.”
Dewan dijangka bersidang Jumaat ini. selepas seminggu berehat, Dewan akan kembali
bersidang pada Isnin sehingga Jumaat seterusnya.
Wakil
rakyat BN, yang merupakan minoriti dalam Dewan Undangan Negeri, mengusulkan
Guan Eng bercuti sementara perbicaraan kes rasuahnya sedang berjalan supaya
tidak menganggu siasatan.
Dua
lagi usul yang ditolak meminta penjawat awam negeri bercuti apabila mereka
dibicarakan untuk kes jenayah dan menyelaraskan pencen untuk bekas Adun.
Usul
dicadangkan Jahara dan rakannya dari Umno, Adun Pulau Betong Muhammad Farid
Saad.
Jahara
berkata usul tergempar tidak akan berjaya kerana mustahil pihaknya mendapat
sokongan majoriti Dewan.
Sementara
itu, Guan Eng berkata usul meminta beliau bercuti atau meletak jawatan sebagai
balasan wakil rakyat BN kepada usul mengecam kenyataan kontroversi Ahli
Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mengenai perkahwinan bawah umur.
Shabudin
menyifatkan usul itu seperti mengecam undang-undang Islam negeri, kerana
kenyataannya berdasarkan kepada undang-undang itu.
Ketika
ditanya mengenai usul terhadap Shabudin, Choo Kiang berkata: “Saya hanya akan
mengulas apa sahaja berkaitan Dewan selepas Dewan mula bersidang.”
No comments:
Post a Comment