UMNO Pulau Pinang menafikan dakwaan
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa badan perhubungan negeri itu menerima
dana RM2 juta daripada SRC International Sdn Bhd.
Ketua
Pembangkang negeri itu, Datuk Jahara Hamid berkata mereka tidak pernah menerima
wang berkenaan pada 24 Julai 2014 dan 26 Februari 2015 seperti yang dituduh
oleh Rafizi.
“Bila
nak dekat pilihan raya umum, pembangkang keluar dengan semua jenis karut.
Mereka mengatakan banyak perkara yang mereka tak dapat buktikan.
“Minta
Rafizi tunjukkan bukti dan laporkan kepada SPRM,” katanya, sambil menambah UMNO
Pulau Pinang tidak gentar dengan siasatan.
Beliau
bagaimanapun menolak pendapat adalah salah bagi UMNO negeri menerima dana
daripada presiden parti.
“Ini
adalah kerja-kerja parti, kamu tahu? Kami bayar keahlian parti dan mereka
memberikannya semula kepada kami untuk membiayai kerja-kerja parti,” lapor
sebuah portal berita, Selasa.
Sebelum
itu Rafizi mendakwa selain UMNO Pulau Pinang, lima penerima lain adalah ibu
pejabat UMNO, Parti UPKO, Ketua bahagian UMNO Padang Serai, Asmadi Talib serta
UMNO Johor Bahru dan Bandar Tun Razak.
Kesemua
pihak itu dikatakan menerima RM10.02 juta pada tahun 2014 dan 2015
dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment