SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law
Choo Kiang dianggap ‘penakut’ selepas memilih untuk mengekalkan kedudukan Lim
Guan Eng sebagai Ketua Menteri di negeri itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Teng Chang Yeow menyifatkan tindakan
Law itu sekadar mengikut arahan tertentu tanpa mempunyai satu pendirian yang
teguh.
“(Seperti) Pak turut lah, dia (Law) tak berani buat keputusan,
sepatutnya buat satu keputusan yang melambangkan DUN bersedia untuk mengambil
isu ini, (jadi) berdebatlah.
“Speaker, dia ikut arahan, dia bukan ada arahan tersendiri. Dia tengok
pun tahu lah, PKR selalu melaung-laungkan dia berpegang kepada prinsip
demokrasi. Speaker pun kita faham, dia bukan ada banyak kuasa, dia dikuasai
oleh kerajaan negeri, jadi kalau kerajaan negeri kata jangan, janganlah.
“BN bukan ada undi majoriti, BN hanya minoriti, kalau tak bersetuju
tolak sahaja, biar Dewan bahas dan tolak dalam Dewan, ini nak berbahas pun tak
benarkan, " katanya.
Tambah Teng, DAP tidak tahu malu apabila hanya bijak melihat kesalahan
yang dilakukan pemimpin BN, tetapi menutup mulut ketika pemimpin parti sendiri
melakukan kesalahan yang sama membabitkan rasuah.
“Jadi DAP, sejak lama lagi bila kena kepada orang BN, dia minta orang
letak jawatan dan bercuti, jadi sekarang prinsip dia sama, BN cuma minta dia
ambil cuti sehingga kes dia selesai, itu sahaja.
“Di mana juga negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, bila
pemimpin berkenaan didakwa di mahkamah, biasanya mereka mengambil cuti ataupun
ada yang letak jawatan.
Hari ini, sidang DUN Pulau Pinang tegang apabila wakil Barisan Nasional
(BN) membantah keputusan Speaker yang menolak usul menuntut Ketua Menteri, Lim
Guan Eng bercuti sementara menunggu perbicaraan kes rasuahnya selesai.
Ia tercetus apabila, Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) tidak
berpuas hati dengan penjelasan, Datuk Law Choo Kiang berhubung perkara itu
selain mendakwa jawapan bertulis speaker membabitkan penolakan usul berkenaan
juga tidak dinyatakan dengan jelas.
Terdahulu, Law berkata usul berkenaan ditolak kerana perkara itu sudah
termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kerajaan Negeri termasuk kes
membabitkan prosiding mahkamah, disabit kesalahan atau dalam tempoh rayuan.
antarapos
No comments:
Post a Comment