Tuesday 23 May 2017

Pembangkang Tiada Idea, Datin Seri Rosmah Jadi Sasaran

Di Malaysia hari ini, cara berpolitik di pihak pembangkang jelas berlainan dengan apa yang diamalkan di negara maju. Mereka akan menyerang dengan pelbagai fitnah hanya untuk mewajarkan kedudukan mereka. Hari ini, sudah ramai pemimpin pembangkang akhirnya di saman setelah kerap kali menabur fitnah yang jelas tidak berasas.

Lihat sahaja nasib yang menimpa Rafizi Ramli, Tony Pua, Khalid Samad dan Tian Chua. Kesemua mereka pernah merasai “nikmat” disaman akibat kegemaran mereka yang kerap kali menabur fitnah. Apa yang mendukacitakan adalah, mereka seolah-olah langsung tidak pernah serik dengan perlakuan mereka.



Setelah pelbagai fitnah yang mereka taburkan itu diketahui umum, mereka akan beralih pula menyerang isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur. Pelbagai cerita lama akan disebarkan semula hanya untuk menampung buat seketika kekeringan isu yang mereka alami. Bukan sekali, sudah kerap kali Datin Seri Rosmah diserang dengan pelbagai fitnah dan penghinaan yang sepatutnya tidak berlaku.

Lihat sahaja bagaimana Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara sinis menghina fizikal Datin Seri Rosmah. Sepatutnya, sebagai seorang tua yang mempunyai banyak pengalaman politik, ini bukan satu cara menunjukkan politik sihat. Sebaliknya ia lebih terarah kepada serangan peribadi yang sepatutnya tidak berlaku.

Beberapa ahli politik pembangkang juga tidak terkecuali dari menyerang Datin Seri. Lihat sahaja bagaimana beberapa orang pemimpin DAP yang cuba menyerang Datin Seri Rosmah mengenai Permata Pintar Negara yang beliau asaskan untuk manfaat kanak-kanak yang mempunyai kepintaran yang luar biasa.

Tidak terhenti setakat itu, Raja Pembohong Malaysia, Rafizi Ramli juga turut cuba memitnah Datin Seri bagi tujuan politik dan melemahkan Datuk Seri Mohd Najib. Persoalannya, perlukah untuk menyerang ister Perdana Menteri yang diketahui umum bukanlah seorang Ahli Parlimen atau ADUN buat mana-mana kawasan? Apa rasionalnya menyerang isteri Perdana Menteri bagi tujuan politik?



Nampaknya, pembangkang di Malaysia memang kekeringan isu. Mereka akan lakukan apa sahaja termasuk menyerang peribadi Datuk Seri Mohd Najib dan isteri demi mahu meraih perhatian para penyokong mereka. Tanpa mereka sedari, penghinaan yang dibuat keatas Datin Seri sebenarnya telah membuka aib mereka sendiri.

Manakan tidak, disaat mereka melaungkan cara politik matang, mereka sendiri menunjukkan betapa mereka langsung tidak matang dalam menangani sesebarang isu. Mereka juga menunjukkan mereka langsung tiada isu untuk menyerang Perdana Menteri sehingga tergamak mengaitkan apa sahaja asalkan mereka memperolehi keuntungan politik.

No comments:

Post a Comment