22 MEI: Ketua Pembangkang Pulau
Pinang, Datuk Jahara Hamid kesal dengan tindakan Speaker Dewan, Datuk Law Choo
Kiang yang juga ADUN PKR, menolak usul mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng
berundur sementara sehingga selesai perbicaraan kes rasuahnya.
Ini
kerana usul tersebut dikatakan telah ditolak tanpa dibahas atas alasan
teknikal.
Tambah
Jahara, ia juga menunjukkan niat buruk kerajaan negeri menutup mulut
pembangkang mengenai isu-isu penting melibatkan amanah rakyat.
Berikutan itu kesemua sepuluh ADUN
UMNO di Pulau Pinang hari ini memakai riben putih pada kemeja mereka kerana
yakin pentadbiran amanah yang dijanjikan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP
sudah terkubur.
Guan
Eng sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membeli sebuah banglo di
bawah harga pasaran untuk kegunaan peribadi dan menyalahguna kuasa berhubung
penukaran status sebidang tanah.
Susulan
daripada itu Jahara dan ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad telah
mengemukakan usul meminta Guan Eng melepaskan semua jawatan awam beliau
sehingga perbicaraannya selesai.
Speaker
DUN bagaimanapun menolak usul itu kerana kononnya kes Guan Eng itu tidak
termaktub dalam undang-undang sedia ada bersabit penjawat awam yang disabit
kesalahan jenayah.
Jahara
menegaskan usul itu dikemukakan demi kepentingan awam dan hanya bertujuan
meminta Guan Eng berundur sementara atas prinsip kebertanggungjawaban.
“Speaker
berlaku tidak adil kerana menggunakan peruntukan undang-undang yang salah untuk
menolak usul kami.
“Kami
merujuk keperluan Ketua Menteri untuk meletak jawatan sehingga kes mahkamahnya
selesai demi membela integriti jawatan itu,” kata beliau.
Menurut
Farid usul yang dikemukakan menekankan perlunya penjawat awam termasuk Ketua
Menteri yang menghadapi perbicaraan kes jenayah meletak jawatan sehingga
keputusan mahkamah di ketahui.
“Bagaimanapun
Speaker DUN menggunakan undang-undang mengenai penjawat awam yang di sabit
kesalahan untuk menolak usul kami.
“Ia
adalah dua perkara berbeza dan keputusannya tidak masuk akal,” kata beliau.
No comments:
Post a Comment