Monday 22 May 2017

Menelusuri Pusat Hiburan, Arak & Judi Di Georgetown


Kerajaan DAP bernafsu memajukan negeri Pulau Pinang dengan menjadikan pusat perjudian, disco dan pub antaranya The Beer Factory, The Bank, Church Street Cafe, Se7Sky dan Asahi sebagai sumber ekonomi termasuk tarikan pelancong dan keadaan ini boleh dilihat jelas di sekitar Bandar Georgetown.

Kecewa dengan sikap Kerajaan DAP termasuk Ahli Majlis MBPP dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bersikap tidak serius dalam menangani kegiatan maksiat khususnya yang melibatkan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing. Kewujudan premis hiburan tidak berlesen dibiarkan beroperasi secara bebas dan ia dibimbangi menjadi sarang jenayah lain seperti pelacuran dan penyalahgunaan dadah.

Menurut Saudara Iszuree Ibrahim (mantan ahli Majlis MBPP daripada PAS), beliau sangat bertegas dengan pemberian lesen judi dan kedai arak sewaktu dalam perkhidmatan beliau di atas percambahan premis-premis hiburan yang terlalu banyak sehinggakan ada premis mengguna pakai kemudahan bangunan kedai-kedai dibawah seliaan UNESCO.

Keadaan yang sangat menyedihkan apabila melalui Jalan Love Lane yang menjadi laluan maksiat dan malah menjadi pusat pelacuran utama dengan kebanjiran “pekerja-pekerja seks” yang sangat ketara, tambah memilukan Masjid Jalan Pintal Tali tidak lagi mampu di imarahkan  kerana sangat berhampiran dengan pusat-pusat hiburan, arak dan judi yang sangat melampau.

Dimanakah dasar saksama Kerajaan DAP yang mempergunakan MBPP bertindak rasis dan kejam terhadap peniaga-peniaga Melayu sedangkan peniaga-peniaga Cina diberi ruang seluas-luasnya seperti yang terdapat di Jalan New Lane sehinggakan gerai-gerai mereka diletakkan di bahu jalan yang mengganggu kelancaran lalulintas. Perkara sebegini sangat terkesan apabila melihat kembali kisah dua anak Melayu muda melarikan lori MBPP dengan membawa ke balai Polis berdekatan setelah gerai mereka ingin disita berhampiran Jalan Bagan Jermal.

Perjumpaan dengan Haziq Ammar serta rakanya di tempat perniagaan yang diusahakan, mereka melahirkan rasa kecewa yang teramat sangat dengan tindakan MBPP dan kerajaan DAP yang sememangnya bertindak rasis terhadap peniaga-peniaga Melayu sedangkan beberapa kali rundingan telah dibuat malah anak muda ini memaklumkan mereka sentiasa menjaga kebersihan dan tidak mengganggu perniagaan disekitar malah jauh dari laluan utama jalanraya.

Kerajaan DAP sebenarnya menipu rakyat khususnya di Pulau Pinang dengan memberi gambaran positif bahawa ingin menjadikan perintahan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz malah status Pulau Pinang sebagai destinasi perlancongan “bersih” adalah satu pembohongan serta menyediakan ruang dan peluang kepada warga asing khususnya untuk masuk ke negeri ini dan bekerja dalam kegiatan maksiat yang dibuktikan dengan banyaknya siri serbuan oleh pihak Polis terhadap premis-premis hiburan di Jalan Penang, Jalan Burmah dan Jalan Anson dipercayai menjalankan kegiatan maksiat.

Ir. Ahmad Rafaei Dato A Rashid
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment