Thursday 25 May 2017

Kerajaan DAP Pulau Pinang Sangat Cekap Buat Bayaran Laporan Kajian, Syabas!


Hari ini di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, EXCO Pulau Pinang Lim Hock Seng dari DAP berkata setakat ini jumlah bayaran untuk projek jalan utama dan terowong di Pulau Pinang adalah RM219,987,410 di mana RM208,755,080 telah dibayar kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd sebagai kontraktor projek dan RM11,232,330 kepada HSS Integrated Sdn Bhd sebagai perunding teknikal projek bebas yang dilantik oleh kerajaan.

Jadi nampaknya kerajaan Pulau Pinang telah membayar sepenuhnya laporan kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci untuk komponen tiga jalan utama projek meragukan bernilai RM6.34 bilion – sebahagian daripada laporan berkos RM305 juta, yang telah mungkin meningkat harga juga jika anda mengambilkira bahawa terdapat pihak lain yang perlu dibayar apabila melakukan laporan.


Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sangat cekap dalam membuat pembayaran untuk laporan. Syabas! Perlu cepatlah!

RM220 juta adalah bersamaan hampir keseluruhan kutipan cukai taksiran bagi seluruh Pulau Pinang selama setahun. Ia juga lebih daripada dua kali ganda dana RM100 juta yang DAP kata mereka telah belanjakan untuk projek-projek tebatan banjir di Pulau Pinang sejak tahun 2008.

ADUN DAP Kritik Sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang Tangani Isu Banjir
Patutlah banjir sangat teruk sekarang. Padan muka orang Pulau Pinang!

Jadi, orang Pulau Pinang telah membayar sepenuhnya kos kira-kira RM10.5 juta setiap km bagi laporan untuk gabungan 20km jalan raya.

Ini walaupun tiada seinci jalan pun telah mula dibina.

Oleh Lim Sian See / Wakeup Malaya

No comments:

Post a Comment