Thursday 25 May 2017

Kerajaan BN Bina Siap Jambatan RM231 Juta, Kerajaan DAP Bayar Laporan Saja RM220 Juta


Projek pembinaan Jambatan Batang Sadong di Sarawak bermula pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya pada 2016.
Ia sedang digunakan sekarang dan melibatkan kos sebanyak RM231 juta.
Sementara itu projek di Pulau Pinang untuk membina 3 jalan raya hanya 20 km panjang telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat swasta pada tahun 2013.
Sehingga Mei 2017, pembinaan belum bermula langsung tetapi Kerajaan DAP Pulau Pinang telah membayar RM220 juta hanya untuk menjalankan laporan kajian – atau berkos kira-kira RM10 juta setiap km laporan.
RM220 juta juga adalah lebih daripada dua kali ganda dana RM100 juta yang Kerajaan DAP Pulau Pinang telah belanjakan untuk semua projek tebatan banjir sejak tahun 2008.




No comments:

Post a Comment