Friday, 3 March 2017

Pelaburan RM 9.59b : Malaysia Telah Menjajah Australia?


Bagi pembangkang di Malaysia terutamanya para pentaksub Tun Dr Mahathir Mohamad, setiap pelaburan yang dibawa oleh kerajaan luar kedalam negara, mereka anggap sebagai satu lagi penjualan aset negara kepada pihak luar. Lihat sahaja bagaimana mereka menuduh kerajaan Malaysia menjual tanah di Sungai Besi kepada pihak China dalam pelaburan negara berkenaan membangunkan Bandar Malaysia.
Itu belum lagi tuduhan mereka mendakwa projek pembangunan Forest City di Johor turut dijadikan modal Perdana Menteri untuk dijual kepada China. Begitu juga pelaburan RM 31 bilion kerajaan Arab Saudi di projek Rapid Pengerang yang kini turut didakwa pembangkang dan pentaksub Mahathir sebagai satu lagi penjualan aset negara pada pihak luar.
Agak melucukan melihat fitnah dan kebodohan puak-puak ini yang langsung tidak tahu menilai yang mana satu pelaburan dan yang mana satu penjualan aset negara. Bagi mereka, setiap apa yyang dilaburkan oleh kerajaan luar disama ertikan dengan penjualan aset negara walhal, kerajaan asing ini cukup yakin dengan kemampuan ekonomi Malaysia dan pelaburan yang mereka buat.
Hari ini, tanpa kita sedari, Malaysia sebenarnya telahpun menjajah Australia tanpa sedar. Bagaimana caranya? Malaysia telah menggunakan OSK Property untuk membina menara pencakar langit terbesar di Melbourne, Australia bernilai A$2.8 bilion (RM9.59 bilion). Jika menurut pemahaman pembangkang dan pentaksub Mahathir, inilah satu lagi prospek pembelian aset Australia oleh kerajaan Malaysia.
Menurut beberapa laporan yang dikeluarkan hari ini, kerajaan Australia telah memberi kebenaran pembinaan peringkat pertama di Southbank, Melbourne oleh OSK Property dan ia adalah antara cadangan pembangunan tunggal terbesar yang pernah dikemukakan kepada pihak berkuasa perancang negeri di Melbourne.
Reka bentuk projek dikenali sebagai Melbourne Square yang mendapat sentuhan Cox Architecture itu memperuntukkan 20 peratus daripada keseluruhan kawasannya sebagai tempat awam seperti taman riadah, pusat beli-belah, kemudahan penjagaan kanak-kanak serta kedai.
Secara amnya, cadangan itu membabitkan pembinaan enam menara dengan ketinggian 30 tingkat hingga 65 tingkat dengan 226 meter tinggi. Ia akan menyediakan ruang pejabat dengan keluasan keseluruhan 60,000 meter persegi; menara hotel dan apartmen dengan 687 bilik dan empat menara apartmen dengan 2,610 kediaman, serta pusat penjagaan kanak-kanak.
Menariknya, pengumuman ini langsung tidak menampakkan sebarang bantahan oleh pembangkang dan para penyokongnya di Australia. Sebaliknya mereka menyambut projek ini dengan kegembiraan kerana ianya adalah pelaburan yang besar untuk Melbourne dan juga Australia.Sebaliknya, jika ini berlaku di Malaysia, sudah ada status-status bodoh pembangkang dan pentaksub Mahathir menuduh kerajaan menjual aset negara.
Lihatlah perbezaan mentaliti pembangkang di Australia dan Malaysia. Pembangkang di sana jauh lebih realistik dan menyedari keperluan pelaburan asing kenegara berkenaan. Sebaliknya di Malaysia, mereka lebih senang mempamerkan kebodohan mereka kepada khalayak umum hanya semata-mata mahu melihat kerajaan yang ada pada hari ini tumbang disebabkan kebodohan mereka.

No comments:

Post a Comment