Parti MCA negeri menyelar
Kerajaan DAP Pulau Pinang yang bercadang mengecat logo ‘Saya Sayang Pulau
Pinang’ pada 45 blok pangsapuri perumahan awam di bawah kerajaan negeri.
Sambil menilai
tindakan itu sebagai tidak masuk akal, Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan Awam
dan Pengaduan MCA negeri, Tan Eng Hin berkata, cadangan tersebut yang
membabitkan kos lebih RM222,000 juga disifatkan pembaziran wang rakyat.
Menurutnya,
wang tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara lebih bermanfaat antaranya
membela nasib golongan miskin dan gelandangan yang masih wujud di negeri ini.
“Kos untuk mengecat bangunan itu bukan satu jumlah yang kecil. Mengapa kerajaan
negeri tidak menggunakan wang ini untuk membantu golongan miskin selaras dengan
usaha miskin tegar sifar mereka?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum
ini, kerajaan negeri mengumumkan akan mengecat logo ‘Saya Sayang Pulau Pinang’
pada 45 bangunan perumahan awam negeri bermula hujung bulan ini.
Tindakan
itu merupakan salah satu tindak balas kerajaan negeri berhubung cadangan
menjadikan sebahagian negeri ini sebagai Wilayah Persekutuan, namun cadangan
tersebut sudah diperjelas tidak akan dilaksanakan.
Dalam
pada itu, Eng Hin turut membidas tindakan pemimpin pembangkang khususnya DAP
yang membisu berhubung cadangan mengecat blok bangunan tersebut.
Sedangkan,
kata beliau, pemimpin pembangkang di Selangor sebelum ini mengambil tindakan
tegas melarang pemasangan papan iklan, Satu Malaysia kononnya bermotifkan
politik.
“Tetapi
apa yang dilakukan kerajaan negeri hari ini yang mahu mengecat pangsapuri
dengan logo ‘Saya Sayang Pulau Pinang’ jauh lebih bermotifkan politik
berbanding papan tanda Satu Malaysia.
“Jadi
mengapa mereka membisu dan seolah-olah membenarkan perkara ini?,” soalnya.
UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment