PULAU PINANG 26 Mac – Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng mahu mendapatkan penjelasan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu berhubung cadangan menjadikan pembangkang sebagai gabungan berteraskan Melayu.
Menurutnya, beliau bimbang sekiranya apa yang dilaporkan media berhubung perkara tersebut adalah tidak tepat atau untuk melaga-lagakan antara parti pembangkang.
“Apa yang dicadangkan itu saya kena dapatkan laporan dan pastikan dulu, mereka (PPBM) juga baru diterima (dalam pembangkang baharu), kita pun belum bermesyuarat lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam ceramahnya di Kota Kiri, Padang Rengas, Perak malam tadi, Muhyiddin seolah-olah memberi bayangan mahukan PPBM menjadi parti utama yang akan mendukung perjuangan pakatan baharu antara pembangkang.
Menurut Muhyiddin, langkah itu penting bagi memastikan gabungan baharu pakatan tersebut dipelopori parti yang berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat.
UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment