Wednesday, 7 December 2016

TMJ hadiah RM15,000 pada Faiz Subri

Penaung Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menghadiah RM15,000 kepada Mohd Faiz Subri.
Hadiah itu diberikan bagi kejayaan pemain Pulau Pinang itu setelah berada dalam kelompok 3 calon terbaik Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Menurut laman sosial Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberikan kurniaan berkenaan sebagai penghargaan atas kejayaan Faiz yang mengharumkan nama negara.

“Namun ia tidak ada sebarang kaitan berkenaan spekulasi beliau akan menyertai JDT (Johor Darul Ta’zim) untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan. Selamat maju jaya diucapkan buat Faiz Subri,” katanya.
FIFA menerusi lama web rasminya, www.fifa.com mengumumkan 3 gol terbaik ke peringkat akhir untuk Anugerah Puskas FIFA 2016.
Selain gol ajaib Faiz, turut tersenarai dalam senarai akhir untuk anugerah berkenaan ialah jaringan pemain kelab Corinthians, Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.
Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan.
FMT

No comments:

Post a Comment