Wednesday, 7 December 2016

Datuk mangsa tembak hampir didakwa Ordinan Darurat


 Seorang Datuk yang terbunuh dalam satu insiden tembakan di sini minggu lalu tidak pernah didakwa atas kesalahan jenayah, tetapi polis pernah menyiasatnya di bawah Ordinan Darurat (EO).
Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Ghafar Rajab berkata ahli perniagaan itu, Datuk Ong Teik Kwong, 32, tidak pernah didakwa di mahkamah kerana kesalahan di bawah EO susulan undang-undang itu dimansuhkan.

“Jika anda lihat rekod jenayahnya, dia biasa ditangkap. Tetapi jika rekod jenayah, dia tidak pernah didakwa di mahkamah.

“Kita pernah tangkap dia di bawah EO sebelum ini. Tetapi memandangkan EO dimansuhkan, dia dilepaskan,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan majlis makan tengah hari Persatuan Pegawai Polis Bersara Pulau Pinang di sini hari ini.

Ong dan 3 yang lain ditembak mati oleh seorang pengawal peribadinya yang “menghidap masalah mental” pada Khamis lalu. Lima yang lain turut cedera dalam kejadian itu.
Ghafar berkata pengawal peribadi berusia 37 tahun itu akan ditahan reman seminggu lagi selepas reman 7 harinya tamat esok.

“Kami merekodkan 19 kenyataan berkaitan kes tembakan itu. Polis akan menyiapkan kertas siasatan sebelum menyerahkan kepada pendakwa,” katanya.

Sementara itu, Ghafar berkata polis masih menyiasat video viral di mana seorang lelaki yang penuh tatu di badannya disebat dengan hos taman.

Ghafar berkata lelaki berusia 27 tahun itu direman untuk membantu siasatan dan akan disoal siasat.
“Kami akan memanggil lebih 2 individu. Penyerang berusia 27 tahun itu akan dibebaskan dengan jaminan polis esok,” katanya.

Katanya, lelaki itu dipukul selepas dia menghina seseorang yang sudah meninggal dunia tetapi tidak menamakan siapa orangnya.

“Ini jelas kes gatal tangan. Siapa suruh dia hina orang mati di WeChat dan media sosial alin? Sebab itu saya kata hanya muat naik sesuatu yang anda pasti.

“Anda mungkin menyakitkan seseorang yang sedang bersedih dengan kematian atau keluarganya cedera. Sudah tentu anda akan marah. Kalau saya pun, saya marah jika sesiapa hina kawan saya.
“Tetapi sudah tentu tidak boleh ketepikan undang-undang dan menyerang orang lain satu kesalahan jenayah. Tetapi polis dapat menyelamatkan lelaki dalam video itu,” katanya.

Ghafar berkata polis juga bercadang mengambil tindakan terhadap mangsa, selepas dia sembuh daripada kecederaannya.
Katanya, mangsa menerima rawatan pesakit luar.

FMT

No comments:

Post a Comment