Wednesday 7 December 2016

Tun M bodek DAP



Nampaknya ramai pemimpin MCA yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Mahathir bahawa MCA adalah lebih bersifat perkauman daripada DAP kerana lagu parti DAP adalah dalam bahasa Melayu manakala lagu parti MCA adalah dalam bahasa Mandarin.

Para pemimpin MCA telah mengeluarkan pelbagai alasan yang berbeza termasuklah mengatakan bahawa parti Pribumi Mahathir juga bersifat perkauman atau bahawa Mahathir tidak ada maruah politik yang tinggal.

Walau bagaimanapun, jika saya seorang pemimpin MCA, ini adalah bagaimana saya akan menjawab:

"Ianya aneh bahawa Tun Mahathir yang lebih tua daripada kedua-dua MCA dan DAP dan telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun baru sahaja mendapat tahu bahawa lagu parti DAP adalah dalam bahasa Melayu.

Beliau juga salah dalam mengatakan bahawa hanya semata-mata berdasarkan satu lagu parti, beliau boleh menyimpulkan bahawa DAP tidak bersifat perkauman.

Oleh kerana beliau telah banyak menghadirinya sebelum ini, Mahathir pasti akan tahu bahawa selain daripada lagu parti MCA, dalam perhimpunan agung MCA kami, kami juga menyanyi lagu Negaraku dan lagu "Inilah Barisan Kita" juga, kedua-duanya juga adalah dalam Bahasa Malaysia.

Dalam mana-mana pilihan raya umum, anda tidak boleh pun "mengundi" atau "memangkah" logo MCA walaupun anda mahu - tidak seperti roket.

Apa yang anda boleh undi atau "pangkah" walau bagaimanapun, adalah Barisan Nasional yang berbilang kaum yang mewakili 14 parti dan 14 lagu-lagu parti daripada pelbagai bahasa di Malaysia.

Daripada 14 lagu-lagu parti ini, Mahathir boleh memilih apa sahaja bahasa yang beliau mahukan.

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 6 Disember 2016

No comments:

Post a Comment