Thursday 15 December 2016

Pulau Pinang Padat seperti Hong Kong Jika Projek Pulau diteruskan




Rancangan kerajaan negeri untuk membina 3 pulau di selatan Pulau Pinang membimbangkan, kata Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.
Menurut pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman, sebaik sahaja ia dibina, Pulau Pinang akan menyaingi kepadatan penduduk Hong Kong, 17,000 orang berbanding 2,600 orang bagi setiap kilometer persegi pada masa ini.

“Adakah kita bersedia mempunyai ledakan penduduk, 7 kali ganda lebih daripada sekarang?
“Semua pulau ini mempunyai implikasi besar kepada rakyat Pulau Pinang. Adakah kita bersedia menghadapi pertambahan penduduk begini?
“Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan,” kata Zainal pada sidang akhbar di Menara Boustead di sini hari ini.

Kerajaan Pulau Pinang mempunyai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai berbilion ringgit bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Ia termasuk membina beberapa siri lebuh raya, laluan kereta api dan infrastruktur lain.
Ia akan dibiayai dengan mewujudkan 3 pulau buatan manusia di luar Permatang Damar Laut, bahagian paling selatan di Pulau Pinang. Ia akan mewujudkan 1,659 hektar, dengan jangkaan 300,000 penduduk.
Kerja di pulau dijangka bermula pada 2018.
Sementara itu, Zainal turut mempersoalkan anggaran kos unjuran PTMP.

Beliau berkata, mengikut makluman bursa saham oleh rakan kongsi pelaksana PTMP, kos berjumlah RM27 bilion.
Zainal berkata, kerajaan Pulau Pinang, baru-baru ini menaikkan anggaran kos sebanyak RM46 bilion.
“Kerajaan Pulau Pinang perlu telus dan memberitahu rakyat angka sebenar,” katanya.
Pada Julai, PTMP rakan kongsi projek pelaksana, SRS Consortium berkata kos projek permulaannya meningkat disebabkan kerja tambahan di Seberang Prai.

Mereka berkata, harga RM46 bilion adalah anggaran dan hanya akan dimuktamadkan selepas tender dikeluarkan.
Dilaporkan daripada RM46 bilion, penambakan dan infrastruktur akan menelan kos RM16 bilion dan RM30 bilion kos komponen PTMP.

No comments:

Post a Comment