Thursday 15 December 2016

7 orang ditahan oleh AADK SPU

KEPALA BATAS (15 DISEMBER 2016) - Seramai 7 orang dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah ditahan dalam Operasi Cegah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Seberang Perai Utara yang bermula jam 9 pagi di sekitar kawasan Kampung Paya Butterworth dan sekitar kawasan Kuala Muda Kepala Batas.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Pulau Pinang, Ahmad Fadzil Alang berkata, Ops Cegah yang dijalankan AADK ini dianggotai seramai 6 orang dan dibantu oleh anggota BSJND IPD SPU.

"Ketika tangkapan dilakukan di lokasi Kampung Paya Butterworth kira-kira jam 10.00 pagi, ibu kepada suspek tidak dapat menahan rasa sebak apabila melihat anaknya di tahan anggota penguatkuasa”

"Dalam operasi ini, seramai 7 penagih berusia lingkungan 18 sehingga 36 tahun yang berjaya ditahan dan hasil daripada saringan air kencing didapati 3 positif dadah jenis syabu. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Manakala 1 orang ditahan kerana memiliki dadah dan diserahkan kepada pihak BSJND IPD SPU untuk disiasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 3 orang dibebaskan kerana negatif ujian air kencing"

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu pihak AADK dalam memerangi dadah habis-habisan.

#perangidadahhabishabisan
#sayangidirimu
#ambilkisahambilpeduli
#agensiantidadahkebangsaan

No comments:

Post a Comment