NIBONG TEBAL, 15 Dis – Sekali
lagi kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat cuba putar-belit berkaitan kos projek
yang dijalankan.
Jika sebelum ini kos projek terowong dasar laut, kini kos unjuran
Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) pula dipertikaikan apabila kos
yang dikatakan menelan belanja sebanyak RM27 bilion, tiba-tiba meningkat kepada
RM46 bilion.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk
Seri Zainal Abidin Osman mendesak kerajaan negeri pimpinan Dap untuk
memperjelaskan bagaimana kos tersebut boleh meningkat malah lebih mengelirukan
apabila Pengarah Urusan Gamuda, Datuk Lin Yun Ling mengeluarkan kenyataan
(Gamuda adalah pemegang berkepentingan di dalam Konsortium SRS yang menjadi
Project Delivery Partner untuk PTMP) tidak tahu menahu tentang kenaikan
tersebut.
“Kerajaan negeri perlu memberi penjelasan mengapa ada peningkatan
sebanyak RM19 bilion daripada anggaran awal kos projek ini.
“Malah Pengerusi Dap Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Julai lalu
ada mengeluarkan kenyataan berkemungkinan kerajaan negeri akan mendapatkan
pinjaman bank untuk membiayai sebahagian kos pembinaan PTMP.
“Jika ini berlaku maka ia akan memberi kesan serius kepada
kewangan kerajaan negeri dan akan menyebabkan rakyat Pulau Pinang terpaksa
menanggung hutang yang besar,”
Tambah Zainal, selain daripada kos projek yang mengelirukan,
kerajaan negeri juga perlu memperjelaskan bagaimana kontrak pembinaan boleh dianuegerahkan
kepada kontraktor bertanggungjawab sebelum kajian kebolehlaksanaan dibuat.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri
Pulau Pinang turut membidas rancangan kerajaan negeri untuk membina tiga pulau
di selatan Pulau Pinang.
Jelasnya, jika projek ini terlaksana maka Pulau Pinang akan
menyaingi kepadatan penduduk Hong Kong, 17,000 orang berbanding 2,600 orang
bagi setiap kilometer persegi pada masa ini.
“Sekarang inipun kita sudah mengalami masalah kepadatan dan jika
projek ini jadi maka adakah kita bersedia dengan kepadatan yang meningkat
sebanyak tujuh kali ganda.
“Kerajaan Pulau Pinang seharusnya berfikir jauh dan jangan hanya
memikirkan keuntungan sehingga rakyat akan hidup makin terhimpit.
“Sampai bila kerajaan negeri mahu mementingkan diri sendiri. Saya
berharap kerajaan negeri akan menjawab segala isu yang dibangkitkan ini,”
tegasnya.
No comments:
Post a Comment