KUALA LUMPUR, 15 Dis – Ketua UMNO
Bahagian Jelutong Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata Penasihat Dap, Lim Kit
Siang mungkin sudah semakin ‘nyanyuk’ dan terlupa bahawa parti Dap sebenarnya
terlalu banyak terpalit kes rasuah sehinggakan mereka tidak berani untuk
mengambil tindakan terhadap bekas Naib Pengerusi Dap, Tunku Abdul Aziz Tunku
Ibrahim yang secara terang-terangan mengatakan rasuah memang bermaharajalela di
dalam parti itu.
Jelasnya, sebelum Kit Siang mahu
bercakap berkaitan rasuah, dia sepatutnya mengambil tindakan saman kepada Tunku
Aziz bagi membuktikan parti itu sebenarnya difitnah.
“Dap selama ini memang terkenal dengan
sikap suka mengambil tindakan saman tetapi apabila Tunku Aziz terang-terangan
menuduh parti Dap penuh rasuah, mengapa tiada sebarang tindakan diambil.
“Jadi, jika Kit Siang mahu bercakap
pasal rasuah, lebih baik dia saman dulu Tunku Aziz. Jika tidak, memang benarlah
dakwaan yang dibuat bahawa Dap adalah parti penuh rasuah,”
Razak berkata demikian mengulas
kenyataan Kit Siang yang mahu barisan kabinet yang diterajui oleh Datuk Seri
Najib Razak sebagai perdana menteri mengambil peduli amaran Sultan Perak Sultan
Nazrin Shah mengenai gejala rasuah dan pecah amanah di negara ini.
Kit Siang juga mahu kabinet pimpinan
Najib menghentikan semua pertuduhan terhadap pemimpin anti-rasuah seperti Tony
Pua, Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin dan Anis Syafiqah Md
Yusuf.
Bekas naib pengerusi Dap, Tunku Abdul
Aziz Tunku Ibrahim pernah mendedahkan bahawa punca beliau keluar Dap pada Mei
2012 salah satunya disebabkan rasuah dalam parti itu yang cukup teruk.
Tunku Abdul Aziz, bekas Naib pengerusi
Transparency International hanya mampu bertahan selama empat tahun dalam parti
itu selepas dijemput oleh Penasihat Dap, Lim Kit Siang menyertai parti itu pada
Ogos 2008.
“Punca saya ambil keputusan untuk keluar
dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu”,
ujarnya.
Tambah Razak, selain tindakan saman,
Kit Siang juga harus mendesak anaknya Lim Guan Eng untuk melepaskan jawatan
sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana Guan Eng sedang berhadapan dengan dua
pertuduhan rasuah.
“Kit Siang sepatutnya malu bercakap
soal rasuah kerana parti integriti parti Dap tercalar teruk akibat rasuah.
Tetapi tidak seorangpun pemimpin Dap yang berani untuk menafikan atau
membuktikan mereka tidak terlibat dengan rasuah.
“Setiap kali diajukan persoalan ataupun
dituntut memberi jawapan berkaitan skandal rasuah yang terpalit, mereka akan
menuding jari kepada orang lain ataupun memburukkan kerajaan pusat.
“Nasihat saya kepada Kit Siang,
bersihkan parti sendiri sebelum sibuk mahu mencampuri urusan kerajaan pusat,”
katanya lagi.
No comments:
Post a Comment