Thursday 8 December 2016

Isu Militan LGBT Bersih-Kenyataan Media Jaringan Muslimin Pulau Pinang

Kami kumpulan badan-badan ngo Muslim mengutuk keras tindakan sekumpulan NGO pro LGBT yang telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk mengkritik kenyataan yang berteraskan undang-undang dan berperlembagaan Ketua Pegawai Eksekutif, Centre for Human Rights and Advocacy (CENTHRA), Encik Azril Mohd Amin.

Kami menggesa supaya kumpulan NGO tersebut tidak membelakangkan perlembagaan negara semata-mata mahu memperjuangkan golongan LGBT supaya berterusan terjebak dengan jenayah seks luar tabii atas alasan apa sekalipun.


Kami ingin mengingatkan bahawa Perlembagaan Persekutuan pada perkara 11(5) tidak membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Kami mahu kumpulan NGO  pro LGBT tersebut  sedar bahawa tiada sebarang peruntukan undang-undang atau mana-mana agama di negara ini yang membenarkan kelakuan seks luar tabii LGBT? Bagaimana mungkin perbuatan seks luar tabii LGBT yang termaktub sebagai jenayah menurut perundangan sivil seperti Seksyen 377A dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan diterima masyarakat majmuk Malaysia yang terkenal dengan adab ketimuran. Ia juga jelas menyalahi perundangan syariah negara dan adakah perbuatan jenayah luar tabii tersebut patut dibiarkan berleluasa dan menjadi bertunjang menjadi budaya yang akan berakhir dengan pendemik HIV dan AIDS?

Kami juga ingin menuntut pihak berkuasa supaya menilai tuntutan kumpulan pro LGBT ini yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan negara. Kami menuntut pihak berkuasa supaya segera menyiasat setiap satu badan ngo-ngo yang menyokong kenyataan kumpulan LGBT kerana cuba mengajak, menyokong dan mempromosikan aktiviti jenayah dalam negara.


Ustaz Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin

Pengerusi
Jaringan Muslimin Pulau Pinang



Jaringan Muslimin Pulau Pinang
Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang
Persatuan Mukabuku Pulau Pinang
Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang(GPEM)
Persatuan Anak Jati Melayu (PAJIM)
Raudhatul Huda (RH)
Badan Anti Liberal (BADAI)
Sekretariat Dakwah Pulau Pinang (SDPP)

No comments:

Post a Comment