Thursday 15 December 2016

Ahli DAP Dedah Skandal RM46 Bilion Kerajaan DAP P.Pinang ?


Setelah pelbagai pihak tampil mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng berkenaan projek-projek mega yang menjadi kontroversi kini Ketua Menteri itu sekali lagi berdepan situasi yang cukup kritikal.

Ketua Menteri Pulau Pinang daripada DAP ini bukan sahaja terpalit dengan skandal membabitkan diri sendiri dengan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan pembelian rumah banglo tanpa swimming pool malah telah menerima tamparan yang cukup memalukan apabila telah didesak oleh banyak pihak supaya segera bercuti daripada terus mentadbir kerajaan negeri.

Lebih teruk dari itu Guan Eng juga didesak oleh ahli-ahli dan ADUN daripada DAP Pulau Pinang sendiri supaya berbuat demikian (bercuti) kerana mereka beranggapan seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab terhadap rakyat dan ianya perlulah melibatkan seseorang yang tidak punya sebarang masalah melibatkan intergiti seperti mana yang sedang dihadapi oleh Lim Guan Eng.

Mahkamah telah menetapkan kes melibatkan Guan Eng yang kini sedang berdepan dengan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah akan bermula pada 27 Mac 2017 nanti.

Selain daripada itu Guan Eng juga kini sedang berdepan dengan pelbagai masalah yang sudah mula dihidu banyak pihak melibatkan projek-projek yang menimbulkan keraguan.Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat terlalu banyak bermain tarik tali dengan pihak-pihak tertentu khususnya melibatkan agensi mahupun kementerian di peringkat kerajaan persekutuan khususnya dalam isu pembinaan jambatan ketiga dan projek terowong dasar laut.

Tamparan terkini apabila seorang ahli DAP bernama Roger Teoh seorang lepasan ijazah PHD yang sebelum ini menuntut di Centre for Transport Studies , Imperial College London bertindak meletakkan jawatannya daripada DAP dengan alasan tidak tahan dengan begitu banyak skandal mengenai projek mega bernilai RM46 bilion.

Roger dalam kenyataannya menyebut seperti projek terowong Pulau Pinang , kajian kebolehlaksanaan bagi projek PTMP juga dilakukan oleh kontraktor yang sama yang dianugerahkan projek tersebut.

Malah projek ini juga mempunyai unjuran yang tidak realistik yang bermaksud daya maju projek itu akan menjadi satu persoalan.

Beliau mendedahkan Ketua Pegawai Eksekutif kontraktor utama sendiri tidak tahu menahu tentang kenaikan kos sedangkan kerajaan DAP berkata kos telah meningkat daripada RM27 bilion kepada RM46 bilion.

Manakala kerajaan DAP berkata antara langkah yang akan diambil bagi menampung kenaikan kos tersebut adalah dengan membuat pinjaman daripada bank-bank.

Lebih teruk lagi , Roger mengakui sesiapa yang cuba mempersoalkan tentang projek mega ini , parti dan kerajaan DAP Pulau Pinang akan menyerang mereka tanpa belas kasihan walaupun mereka itu adalah ahli DAP atau sekutunya.

Roger telah meletakkan jawatannya selepas beberapa cubaan untuk membawa isu ini secara dalaman tetapi tidak Berjaya.

“Saya bukan “Yes Man” dan skandal PTMP tanpa penjelasan yang jelas daripada kerajaan negeri Pulau Pinang itu bertentangan dengan prinsip saya menyertai DAP iaitu kearah membina Malaysia yang lebih baik.”

Pertamanya apa yang didedahkan oleh bekas ahli DAP ini memperkuatkan lagi dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang sememangnya bermasalah.Selain daripada kepimpinannya terlibat dalam isu rasuah dan salah guna kuasa , kelemahan pentadbiran dengan perancangan yang menimbulkan keraguan banyak pihak menjadi bukti betapa mereka sebenarnya lebih mementingkan agenda peribadi mahupun parti melebihi daripada tanggungjawab terhadap rakyat.

Keduanya Roger Teoh yang kini merupakan bekas ahli DAP rasanya telah tersalah pilih , jika prinsipnya kearah membina Malaysia yang lebih baik sewajarnya Roger perlu memilih parti-parti komponen dalam Barisan Nasional kerana parti itu mempunyai “track” rekod yang jauh lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh barisan pembangkang di Malaysia.

No comments:

Post a Comment