Sunday 6 November 2016
Kon Yeow Ketua Menteri Baru – Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta konvensyen ke-50 parti itu hari ini untuk menyokong cadangan beliau agar Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengambil alih tugas Ketua Menteri Pulau Pinang daripada beliau.
Menurut Lim, cadangan itu wajar jika BN berjaya dalam serangan mereka ke atas beliau, ujar Lim.
“Kita akan pertahankan DAP dan Pulau Pinang dari BN bersama-sama sebagai satu pasukan, satu roh dan satu parti! Terima kasih,” katanya lagi.
Lim kini berdepan dua tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn.
Kes tersebut akan disebut buat kali kedua pada 6 Disember ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Lim berkata, Chow kemungkinan besar akan menggantikannya untuk jawatan tersebut jika beliau disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan rasuah berkenaan.
Sementara itu, Lim berkata, walaupun masalah yang sama berulang dalam Pakatan Harapan, DAP masih yakin dengan masa depan Pulau Pinang yang diketuai oleh pakatan tersebut.
Lim berkata, BN telah kekeringan modal politik untuk menyerang parti itu.
Lim terjerat dengan kata-katanya sendiri. Rasuah bukannya serangan UMNO BN tetapi kesalahan diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment