Komen terkini Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertahankan jutawan George Soros menunjukkan bekas perdana menteri itu berada pada tahap paling rendah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Md Salleh Said Keruak.
Dalam posting di blog terbarunya, Salleh berkata percanggahan dalam apa yang dikatakan Dr Mahathir sebelum ini berkenaan Soros adalah begitu ketara hingga ke tahap “memalukan”.
“Apabila ekonomi Malaysia runtuh, Dr Mahathir tidak mahu bertanggungjawab dan mengakui itu salahnya, sebaliknya beliau menyalahkan Soros,” kata Salleh.
Beliau juga menegaskan semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri, beliau tidak teragak-agak mengeluarkan kenyataan anti-Semitik dan juga sanggup merujuk orang Yahudi sebagai “orang dengan hidung bengkok”, kenyataan yang membolehkan beliau ditangkap dan dipenjara, atau dipaksa meletakkan jawatan, sekiranya masih memimpin mana-mana negara.
Salleh mengimbas semula sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri, beliau juga “keras menentang” demonstrasi jalanan dengan menangkap dan mengenakan atau menahan tanpa bicara, sesiapa yang berani menganjur atau menyertainya.
Beliau berkata, sebaliknya Dr Mahathir hari ini mengatakan perkara yang sangat bertentangan.
“Hari ini, Soros adalah seorang lelaki baik yang membiayai kumpulan yang sengaja mahu menjatuhkan kerajaan manakala demonstrasi adalah baik dan sah untuk menukar kerajaan.”
Mempersoalkan juga jika Dr Mahathir teringat atau menyangka apa yang sering beliau katakan akan dilupakan, Salleh menambah “Politik adalah satu perkara, tetapi maruah juga mesti dikekalkan dalam permainan politik kerana jika kita kehilangan maruah, tidak ada apa yang tinggal.”
No comments:
Post a Comment