PENULIS sebenarnya dah malas nak menulis pasal harga minyak ini, turun dan naik. Sebab pada penulis, ini semua politik saja. Buktinya masa turun, tak pulak memuji kerajaan (tahu pulak kerajaan tak tentukan harga minyak), masa naik dia yang naik sheikh nombor satu (macam kerajaan yang tentukan harga minyak). Pun ramai dari yang penulis tahu, bukan tak mampu, sengaja nak dinampak begitu.
Tapi sebab kebodohan segelintir kita ni nampak macam tak berkurang, maka perlu jugaklah dijelaskan. Bukan untuk yang bodoh ni tadi, tapi yang benar-benar mahukan penjelasan.
Yang pertama macam dikatakan tadilah, semua yang memekak pasal minyak naik ini sebab politik, bukan sebab terjejas sangat pun. Come onla, takkan lah minyak baru naik start malam tadi, hari ini dah ada rakyat yang sebelum ni tidur dirumah, dah tidur di tepi jalan?
Ni jelas sangat permainan propaganda semata-mata, lagipun masa turun, tak pulak sesiapa jadi kaya, dengan macam mana kenaikannya boleh menyebabkan sesiapa jatuh miskin?
Sebab, naik turun harga minyak tak menentu siapa kaya ka kayap. Harga barang pun tak terjejas dan buktinya boleh dilihat bila harga minyak rendah, harga barang lebih kurang itu jugak.
Kedua yang nak dijelaskan disini, harga runcit minyak di Malaysia bukan dikira berdasarkan harga harian tapi secara purata tiap bulan. Maka itu walaupun semalam harga minyak mentah dikirakan rendah, harga runcit naik hari ini sebab harga tu berdasarkan kiraan purata bulanan.
Lagipun siapa dol yang isi minyak kereta pakai minyak mentah? Itu hanya petunjuk saja, bukan benar-benar berdasarkan itu harganya.
RM 1.95/liter yang kita bayar hari ini pun bukan yang tertinggi dalam sejarah. Tahun 2008 dulu, harga minyak paling tinggi, RM 2.70/liter, pun takde siapa mati kebulur. Walhal masa itu, gaji minimum tidak ada macam sekarang, BR1M tidak ada macam sekarang, yang ada hanya pemberian tunai sekaligus RM 650.
Jadi, memang tak salahlah bahawa kenaikan terbaru ini tidak menyebabkan rakyat hidup melarat seperti yang cuba dipropagandakan. Ini semua hanya permainan politik semata-mata. Hakikatnya, sejak Oktober 2014, minyak petrol di negara kita tidak pernah melebihi RM 2.30 seliter!!
Tidak keterlaluan dikatakan, kenaikan semalam membuktikan bahawa pententuan harga minyak di negara kita sangat adil. Masa naik, dia naik, tapi jangan lupa, masa turun pun, dia turun jugak.
No comments:
Post a Comment