PAS
menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang gagal mendidik anaknya, Lim
Guan Eng menjadi seorang ahli politik yang bijaksana terutama berkaitan
soal kerjasama membabitkan kedua-dua parti itu sebelum ini.
Kerjasama PAS dan DAP putus bukan disebabkan PAS, tetapi DAP sendiri.
Segala yang dilakukan oleh Pas adalah berdasarkan persetujuan dalam
pakatan sebelum ini termasuk isu hudud, katanya dalam laporan disiarkan AgendaDaily.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Kit Siang
perlu mendidik anaknya itu supaya tidak terus meletakkan kesalahan
terhadap orang lain dalam sesuatu perkara.
Katanya, Guan Eng
yang juga Setiausaha Agung DAP selalu menyalahkan PAS yang dikatakan
punca kerjasama kedua-dua parti itu dalam pakatan pembangkang putus
sebelum ini.
“Kerjasama PAS dan DAP putus bukan disebabkan PAS,
tetapi DAP sendiri. Segala yang dilakukan oleh Pas adalah berdasarkan
persetujuan dalam pakatan sebelum ini termasuk isu hudud.
“Apa
yang kita mungkir? DAP yang memutuskan hubungan bermula dengan Pas di
Sabah, Sarawak dan kemudian memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.
“Sepatutnya Kit Siang kena didik anaknya (Guan Eng) supaya menjadi ahli
politik yang lebih bijaksana. Bagi saya, dia gagal mendidik Guan Eng
untuk menjadi seorang ahli politik yang bijaksana. Jadi sekarang ini,
dia mahu meletakkan kesalahan pada PAS,” katanya.
Dalam pada
itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, PAS tetap
dengan pendirian sedia menentang PAN dan DAP dalam Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU-14).
“Kita tidak ada kerjasama dengan PAN dan DAP. Kalau PAN dan DAP bertanding di kerusi PAS, kita lawan,” katanya.
No comments:
Post a Comment