Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun retak tempurung kepala selepas terjatuh dari eskalator di aras satu pusat beli-belah di Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Mangsa yang mengalami pendarahan kini diletakkan di Unit Rawatan Rapi ICU, Hospital Pulau Pinang.
Dalam kejadian lewat petang semalam, kanak-kanak itu dikatakan berada di atas bahu bapanya ketika sedang menaiki eskalator.Bagaimanapun, mangsa difahamkan terjatuh selepas bapanya panik kerana mendapati tangan anaknya tersepit pada bahagian pemegang eskalator berkenaan.
Dalam keadaan panik itu, kanak-kanak tersebut terjatuh ke tingkat bawah kompleks beli-belah.
No comments:
Post a Comment