Tuesday, 11 October 2016

Bersih 5 mahu bawa Sarawak Keluar Malaysia


Meskipun NGO Bersih di Sarawak pada asalnya meniru apa sahaja yang diperjuangkan oleh ketua mereka di Semenanjung, namun kali ini BERSIH 5 yang turut dilancarkan di negeri ini memperlihatkan matlamat serta penampilan yang sedikit berbeza.

Dengan disertai pelbagai NGO serta pelbagai latar belakang peserta, misi BERSIH 5 di Sarawak kali ini seolah berubah pada setiap lokasi konvoi tersebut singgah.

Sebagai contoh, ketika konvoi Bersih 5 singgah di bandar Sibu, beberapa penyokong mempamerkan plakad yang menyatakan mereka untuk membawa Sarawak keluar dari Malaysia.

Walaupun kenyataan itu tidak semestinya mewakili NGO atau mana-mana pihak, namun yang jelas keinginan sebenar penyokong Bersih 5 tidak semestinya untuk menuntut Pilihan Raya yang bersih.

Bersih disertai oleh pelbagai penyokong dengan pelbagai kecenderungan.

Tidak pasti samada pihak Bersih merasakan di Sarawak, tidak perlu kempen Pilihan Raya yang bersih sepertimana di Semenanjung.

Mungkin juga propaganda ‘Sarawak keluar Malaysia’ dirasakan lebih dekat dengan sentiment rakyat ketika ini, maka ada kalangan penyokong mahupun peserta konvoi menggunakan isu itu untuk meraih sokongan rakyat di kawasan tertentu.

Dengan matlamat asal untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang Pilihan Raya bersih, matlamat NGO ini sering tersasar dan berubah mengikut kehendak proksi politik mereka, sebab itu juga mereka terlibat secara langsung mengerakkan kempen Bebas Anwar dan lain-lain yang seumpamanya. - Sarawakiana

No comments:

Post a Comment