Tuesday, 11 October 2016

NIK AZIZ PERNAH RAMAL KEMATIAN PAKATAN RAKYAT


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa bahawa bapanya, Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah meramalkan bahawa Pakatan Rakyat akan mati disebabkan oleh DAP.

Menurut Nik Abduh, bapanya meramalkan sedemikian kerana melihat sikap DAP yang menentang dan enggan bertolak ansur dengan perjuangan Islam dibawa PAS, selain bertindak secara kasar terhadap kepimpinan parti itu.

Mengulas lebih lanjut, Nik Abduh mendakwa bahawa DAP semakin gagal bertoleransi dan menghormati perjuangkan PAS selepas kematian Mendiang Karpal Singh.

Malah DAP katanya lagi tidak akan mahu menyokong perjuangan Hudud yang selama ini dibawa PAS menyebabkan PAS terpaksa keluar dari Pakatan Rakyat, empat bulan selepas kematian bapanya.

No comments:

Post a Comment