SELEPAS cadangan PRN mengejut di Pulau Pinang dibatalkan kerana dibantah oleh PKR, Lim Guan Eng ‘mencabar’ pula ADUN pembangkang daripada Barisan Nasional (BN) untuk kemuka cadangan usul undi tidak percaya kepadanya.
Apabila usul itu ditolak nanti, ia boleh pula dijadikan alasan oleh DAP bahawa rakyat Pulau Pinang masih memerlukan kepimpinan Guan Eng walaupun beliau menghadapi dua pertuduhan rasuah.
Penolakan usul itu juga nanti akan menjadi bukti bahawa Ahli Dewan Negeri DAP dan PKR masih memberikan sokongan padu kepada Guan Eng walaupun didesak pelbagai pihak supaya bercuti atau melepaskan jawatan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Seri Zainal Abidin Osman sebelum ini mendesak Guan Eng berundur kerana kegagalanya meyakinkan rakan sekutu DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri lebih awal.
Selain itu, ramai yang lain termasuk NGO berpendapat tindakan Guan Eng berundur itu akan membuktikan DAP sebuah parti yang mengamalkan ketelusan dan mempunyai intergriti seperti mana yang diperjuangkan.
Guan Eng pada sidang akhbar Isnin lalu memaklumkan kerajaan DAP Pulau Pinang sedia berdepan jika usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri dibawa ke sidang dewan.
Bagaimanapun kata Guan Eng mensyaratkan usul itu perlulah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang DUN.
DUN Pulau Pinang sekarang memiliki 19 wakil DAP, 10 PKR sementara di pihak pembangkang 10 BN dan satu PAS.
Guan Eng ternyata lebih yakin kemenangan akan berpihak kepadanya jika usul undi tidak percaya itu ditolak.
Rumusan daripada cerita cadangan pilihan raya mengejut yang tidak jadi dan kini usul undi tidak percaya, tidak lain untuk menutup dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri.
Walaupu rakyat Pulau Pinang akan disajikan dengan pelbagai isu politik, namun tuduhan rasuah yang dihadapi Guan Eng akan berjalan mengikut jadual.
DAP boleh terus mencipta ‘skrip drama politik’ di negeri itu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14.
No comments:
Post a Comment