Wednesday, 3 August 2016

Gagal serah dokumen Jambatan ketiga, Kerajaan Pusat disalahkan



Lim Guan Eng ibarat beruk dapat bunga bila kerajaan persekutuan menggantung rundingan perbinaan jambatan ketiga Pulau Pinang kelmarin, dengan memberi gambaran dialah yang selama ini betul bila jambatan ketiga itu tak dibina, dan kerajaan persekutuan salah.

Hakikatnya, rundingan ini digantung sebab kerajaan pimpinan dia yang tak patuh tarikh akhir untuk serah semua dokumen berkaitan, bukan sebab kerajaan persekutuan atau apa.

Apa punya putar belit ini?  Seriuslah sikit, ini soal kepentingan rakyat, bukan nak buat drama swasta.

Rakyat nak kena faham, idea jambatan ketiga Pulau Pinang ini asal usulnya dari mana?  Ia bukan dari kerajaan Lim Guan Eng sebab ikutkan Lim Guan Eng, dia nak buat terowong bawah laut, lebih RM6 billion nilainya.

Tapi oleh kerana cadangan pembinaan terowong tersebut banyak kontroversinya, dari soal kos ‘kerja kertasnya’ sahaja yang mencecah beratus juta ringgit, hingga kepada isu-isu seperti cara kontrak diagihkan dan sebagainya, menyebabkan ia dikaji semula.

Itu yang datang cadangan kerajaan pusat, dari bina terowong bawah laut yang serba serbi tak masuk akal, buat saja jambatan ketiga. Kerajaan pusat nak membantu kerajaan negeri soalnya ini.

Dolak dalih kerajaan pimpinan Lim Guan Eng bermula di sini, mula-mula kata cadangan ditolak kerajaan pusat (Kementerian sahkan tak pernah pun Lim Guan Eng hantar cadangan), kemudian syarikat yang dapat projek kata dah dibatal (sebelum tarik balik kerana silap cakap sebab puasa), sehinggalah kepada kegagalan menyerahkan dokumen yang diperlukan, menyebabkan rundingan tersebut digantung baru-baru ini.

Sebab itu hairan macam mana dia boleh tunding jari kepada kerajaan persekutuan pula yang salah sebab gantung rundingan?  Yang penulis faham, dia memang taknak buat jambatan tu, yang macam nak buat dulu itu sebab nak redakan keadaan saja.

Rakyat hendaknya janganlah tertipu dengan putar alam tertuduh rasuah ini.  Dia ni sudah tersepit dengan banyak benda, nak buat pilihanraya negeri sendiri pun tak berdaya sebab sekutu tak sokong.  Itu yang putar sana putar sini tu.

Sumber:http://www.mykmu.net/2016/07/jambatan-ketiga-dolak-dalik-guan-eng-dikesali/

No comments:

Post a Comment