Nampaknya, Lim Guan Eng DAP semakin tertekan, malu besar dan kewibawaannya semakin dipersoalkan oleh rakyat Pulau Pinang.
Lim Guan Eng DAP juga mencipta sejarah yang memalukan rakyat Pulau Pinang apabila Ketua Menteri negeri berdepan dengan 2 kes rasuah dan salah guna kuasa.
Yang tambah memalukan ialah cadangan Guan Eng untuk mengadakan pilihanraya mengejut telah ditolak oleh PKR, rakan politik sendiri!
MiM setuju dengan kenyataan DS Zainal Abidin Osman bahawa kegagalan DAP meyakinkan PKR untuk mengadakan PRN menunjukkan bahawa tiada kesepakatan dalam Pakatan Pembangkang.
"Percakaran dan pertengkaran antara beberapa pemimpin tinggi DAP dan PKR di media adalah bukti ketidaksefahaman mereka dalam isu PRN. Masing-masing parti dengan agenda politik mereka sendiri," kata DS Zainal Abidin.
Dan seperti lumrahnya, DAP akan menuding jari kepada pihak lain untuk menutup keburukan parti chauvinis itu. PKR dituduh menuntut beberapa kerusi DUN Pulau Pinang sebagai balasan untuk bersetuju dengan PRN mengejut.
Ironinya, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan 'terkejut apabila diminta mengulas parti PKR meminta 'satu atau dua' kerusi milik DAP di Pulau Pinang'. Wan Azizah tidak tahukah?
Dan sekarang, Guan Eng sekali lagi dilihat melakukan diversion apabila mendakwa DAP Pulau Pinang sedia berdepan dengan usul undi tidak percaya. Tetapi Guan Eng memberi syarat bahawa 'usul perlu dikemukakan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri pada persidangan Dewan'.
Lim Guan Eng dilaporkan berkata, arahan untuk mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya itu perlu datang daripada ketua pembangkang Datuk Jaharah Hamid dan bukannya daripada pihak lain supaya perkara itu dilihat sebagai 'satu usul yang serius'.
Persoalannya, apakah usul undi tidak percaya ini perlu dikemukakan oleh Datuk Jaharah (ADUN BN) sahaja?
Atau ADUN-ADUN PKR atau ADUN-ADUN DAP yang tidak puas hati dengan Lim Guan Eng juga boleh memulakan cadangan usul tidak percaya ini?
Artikel Penuh >>KLIK SINI<<
No comments:
Post a Comment