Friday, 10 June 2016
PAN LAKUKAN PROVOKASI MELALUI PAPAN TANDA.
PARTI ‘proksi’ kepada DAP dalam Pakatan Harapan (PH), Parti Amanah Negara atau PAN sudah memulakan kempen keterlaluan melalui papan tanda berunsur fitnah, provokasi melampau dan menjengkelkan.
Beberapa papan tanda berkenaan dikesan mula dipasang oleh jentera PAN di sekitar kawasan Sekincan, Sungai Besar bermula hari ini.
Antara isu yang dipaparkan pada beberapa papan tanda tersebut adalah berkaitan isu nasional seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hutang negara, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan isu RM4.2 bilion melibatkan Perdana Menteri.
Penggunaan isu-isu nasional ini merupakan ‘modal’ utama jentera PAN berkempen pada PRK Sungai Besar kerana isu-isu tempatan tidak begitu menyerlah.
Bagaimanapun, tindakan PAN ini agak terdesak kerana menyiarkan isu dengan menggunakan grafik dan ayat yang bersifat provokasi melampau.
Pihak bertanggungjawab harus mengambil tindakan sewajarnya keatas papan-papan tanda provokasi ini kerana ia telah mencemarkan keharmonian berkempen dan sensitiviti pihak yang terlibat dalam pilihan raya berkenaan.
Mengikut perkara 7.6 Tataetika Pilihanraya yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jelas memaklumkan bahawa hanya bendera, poster dan kain rentang serta bahan bercetak seperti risalah dibenarkan. Penggunaan billboard untuk pameran bahan kempen tidak dibenarkan.
– Tv14
#PRKP93SungaiBesar
#PakatanHarapan
#PAN
#BiaDAP
#UndiBN
#KekalBN
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment