Saya mengambil maklum kenyataan YB Lim Hock Seng bahawa beliau sudah menjawab semua soalan dalam tiga kenyataan saya sebelum ini (berkaitan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang).
2. Untuk memperbetulkan beliau, saya ingin nyatakan yang saya mengeluarkan empat kenyataan media berhubung isu ini. Kenyataan terakhir adalah pada 24 Mei 2016. Pada 25 Mei, YB Lim Hock Seng mengadakan sidang media dan membuat satu lagi kenyataan. Dalam kenyataan itu, beliau mengatakan itu adalah kali terakhir jawapan diberi kepada soalan-soalan saya.
3. Ingin saya tegaskan, kenyataan YB Lim kononnya beliau sudah menjawab semua soalan saya adalah tidak tepat dan agak mengelirukan. Bercakap berbelit-belit tidak sama dengan memberi jawapan memuaskan terhadap persoalan yang saya bangkitkan.
4. Saya ingin mengambil beberapa contoh khusus daripada sidang media YB Lim pada 25 Mei lalu.
5. Tiga kali saya bertanya sama ada benar tanah yang diberi kepada Consortium Zenith-BUCG (CZBUCG) dijual serta-merta atau setuju untuk dijual pada harga antara RM845 kaki persegi (kps) hingga RM1,300 kps. Saya turut menyertakan bukti berkaitan perjanjian itu.
6. Tanpa memberikan penjelasan sepatutnya, YB Lim bersungguh-sungguh menegaskan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) membuat penilaian ke atas tanah dimaksudkan pada kadar RM475 kps - dan itu saja penjelasannya. Selepas didesak buat kali keempat, YB Lim memberi jawapan mengejutkan iaitu sebarang penjualan tanah antara CZBUCG dan pihak ketiga adalah `transaksi sulit’.
7. Saya mendapati jawapan ini sebagai tidak bertanggungjawab kerana kerajaan DAP Pulau Pinang sudah membuat pembayaran dan bersetuju memindahkan tanah kerajaan negeri kepada syarikat swasta. Syarikat berkenaan dengan pantas menandatangani perjanjian untuk menjual tanah terbabit kepada syarikat lain pada harga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding penilaian
No comments:
Post a Comment