Sebelum ini, Nizar Jamaluddin telah dikritik keras dan bersikap biadap apabila mempolitikkan kejadian kemalangan helikopter yang melibatkan Khair-il Anuar, suami Mastura Mohd Yazid, calon BN Kuala Kangsar.
Apabila ditanya, Mastura dan anak-anak beliau amat terasa dan amat sedih mendengar dakwaan Nizar. Tetapi walau pun telah terguris, Mastura telah memaafkan kebiadapan Nizar PAN ini, satu sikap murni calon BN.
Terbaru, Nizar Jamaluddin dikatakan telah meminta maaf kepada keluarga Mastura tentang kenyataan itu. Katanya, permohonan 'kemaafan itu tidak bersyarat'.
Malangnya, minta maaf Nizar itu tampak tidak ikhlas apabila mendakwa kenyataan biadap beliau itu 'diputar belit dan dipetik di luar konteks keseluruhan ucapan dan tiada niat menghina atau berandaian terhadap Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar'. TERUSKAN MEMBACA DISINI..
No comments:
Post a Comment