Monday, 6 June 2016
MB Kedah dipindah ke Hospital Pulau Pinang
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, perkara itu dilakukan bagi membolehkan Menteri Besar berkenaan menerima proses pemantauan berterusan daripada pakar.
"Pihak kami difahamkan Hospital Pulau Pinang mempunyai kelengkapan lebih terkini dan lengkap. "Beliau juga akan dirawat oleh pakar-pakar lebih khusus. Keadaan beliau adalah baik serta amat positif.
"Saya mohon agar pihak-pihak tertentu tidak buat sebarang spekulasi liar mengenai status kesihatannya," katanya di sini hari ini.
Ahmad Bashah dikejarkan KMC Sabtu lepas setelah mengalami pitam ketika menghadiri satu mesyuarat UMNO negeri di Hotel Grand Alora dekat sini. Beliau disahkan mengalami komplikasi usus setelah menjalani rawatan di KMC semalam. -UO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment