Tuesday, 31 May 2016
Tun Abdullah Yakin BN Mampu Menang di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin calon Barisan Nasional (BN) mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
“Kami boleh menang. Tapi kami perlu bekerja keras, saya yakin kami boleh,” kata beliau.
Ditanya sama ada beliau akan turun padang membantu kempen PRK itu, Tun Abdullah berkata: “Kita akan bantu. Tengoklah macam mana nanti. Insya-Allah.”
PRK Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak akan diadakan serentak pada 18 Jun ini dan penamaan calon pada 5 Jun.
Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, korban nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment