Monday, 30 May 2016
Pukul isteri dalam lift KPJ: Pegawai veterinar dipenjara 8 bulan.
BUKIT MERTAJAM - Seorang pegawai veterinar dipenjara lapan bulan dan didenda RM2,000 selepas didapati bersalah mencederakan isterinya dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta tiga tahun lalu.
Mohammad Affandi Ismail,40 juga berdepan dengan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal melunaskan denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Affandi yang bertugas sebagai pegawai veterinar di Jerantut, Pahang sebelum ini didakwa mencederakan isterinya, Siti Khadijah Ahmad Ramli,40 di dalam lif Hospital KPJ Bandar Perda , di sini kira-kira jam 4 petang, 12 Ogos 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun serta denda RM2,000 jika sabit kesalahan-SH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment