Menurut laporan, kerajaan pimpinan pembangkang itu mensasarkan dan menetapkan sebanyak 30 peratus hartanah di negeri terbabit dimiliki golongan bumiputera itu masih belum dicapai, atas alasan dalam laporan tersebut termasuk kelemahan status pembeli unit bumiputera yang tidak disahkan.
Malah, menurut laporan itu juga, terdapat selain Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang yang tidak dibelanjakan.
Tambahnya, semakan audit turut mendapati kelemahan seperti pengiraan bayaran sumbangan pelepasan tidak tepat, belum dijelaskan dan mengambil masa selain sijil kelayakan menduduki (OC) dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan tanpa surat sokongan.
“Sehubungan itu, pelaksanaan pengurusan kuota bumiputera bagi projek perumahan di negeri ini disifatkan kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan yang memerlukan penambahbaikan,” kata laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat, di sini semalam.
Ekoran kelemahan itu, Ketua Audit Negara mengesyorkan beberapa tindakan perlu diambil Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri bagi memastikan pengurusan kuota bumiputera dapat dipertingkatkan.
Antaranya, menurut laporan itu,Bahagian Perumahan SUK perlu mewujud dan memantapkan lagi prosedur operasi standard (SOP) yang merangkumi kawalan dalaman di beberapa peringkat.
Katanya, peringkat itu termasuk ketika proses permohonan, pengiraan bayaran sumbangan pelepasan dan penetapan tempoh bayaran pelepasan yang perlu dijelaskan oleh pemaju.
Selain itu, tambah laporan tersebut, Ketua Audit Negara turut mengesyorkan SUK mewujudkan peraturan dan mengambil tindakan terhadap pemaju yang tidak mematuhi syarat jualan dan pelepasan kuota bumiputera.
Turut dicadangkan kepada SUK, menurut laporan itu, adalah memastikan Pelan Pecah Sempadan yang menunjukkan kedudukan unit bumiputera disertakan semasa permohonan pelepasan dibuat.
“Ini bagi memastikan unit bumiputera yang diisytiharkan pemaju adalah sama dengan unit bmiputera yang telah disahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan diluluskan Pejabat Tanah dan Galian bagi mengelak kesilapan pengiraan sumbangan pelepasan,” katanya.
No comments:
Post a Comment