Saturday, 2 April 2016
LGE Temberang Pembohongan DAP Terbongkar.
DAHULU bukan main lagi, cakap orang sini tidak betul, orang sana jahat, diri sahaja yang betul.
Hipokrit sungguh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ini.
Sepatutnya dia kenalah ambil cuti sementara apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu siasat isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn, George Town melibatkan dirinya itu.
Ini cakap tidak serupa bikin. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Kalau kena batang hidung orang lain bukan main lagi dia ‘menyalak’. Tapi bila kena batang hidup sendiri, pandai pula dia nak mengelak.
Tunjukkanlah sikap konsisten kamu Guan Eng dalam memerangi rasuah atau penyalahgunaan kuasa.
Profesionallah. Jangan hipokrit.
Dengarlah seruan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga dan lain-lain yang meminta kamu bercuti. Jangan dengar hanya waktu Ambiga atur dan gerakkan himpunan haram Bersih, baru kamu sokong.
Kredibiliti DAP perlu dipertaruhkan.
Berlaku adil. Tidak rugi untuk Guan Eng membersihkan namanya dengan mengambil cuti dan melantik seorang pemangku untuk jawatan Ketua Menteri yang dikosongkan sementara.
Bukan selamanya. Selepas SPRM mendapati andai kata kamu bebas daripada sebarang salah laku berkaitan pembelian banglo itu, kamu sambung semulalah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sanggupkah kamu Guan Eng berdepan dengan rakyat Pulau Pinang. Di mana muka nak kamu letak?
Ambiga pastinya terkejut dengan respons kamu di atas cadangan bercutinya. Kenapa double standard?
Renung dan semak balik pendedahan Ambiga dan Ngo Hakam mengenai pembohongan kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah meluluskan hampir 55 blok pembangunan bangunan tinggi di atas tanah bukit antara 2008 dan 2015.
Ini telah lama dibangkitkan rakyat Pulau Pinang, tetapi kamu Guan Eng dan DAP tidak ambil kisah. Kamu pedulikannya sahaja.
Di manakah maruah kamu jika hanya sekadar menyorok di belakang orang lain yang akan bercakap bagi pihak kamu?
Ini bukan lelaki budiman. Tidak gentleman namanya. Sangat memalukan integriti.
Kamu tuding jari salahkan kerajaan Barisan Nasional - suatu taktik licik yang semua kenal si kaki temberang Guan Eng.-KLxprees
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment