Saturday, 2 April 2016

Rahman Dahlan sedia dedah ‘skandal’ Guan Eng


Menteri Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersedia memberi penerangan dan mendedahkan ‘skandal’ berhubung beberapa isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurutnya, semua pihak terutama rakyat Pulau Pinang perlu mengetahui realiti sebenar dan mengapa isu pembelian banglo RM2.8 juta dan tanah pembinaan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) Taman Manggis terus hangat diperkatakan.

“Kalau dijemput, saya tidak ada masalah untuk hadir dalam forum atau ceramah yang dianjurkan oleh Gerakan atau Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang untuk me­nerangkan tentang isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn dan tanah Taman Manggis.

“Penting untuk rakyat Malaysia amnya dan rakyat Pulau Pinang khususnya memahami apa yang menjadikan kedua-dua isu ini begitu kontroversi,” katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng semalam memberi bayangan akan mendedahkan ‘sesuatu’ selain skandal banglo yang sedang dihadapi Guan Eng dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara yang dimaksudkan itu sebaliknya hanya memberitahu perkara itu melibatkan beberapa isu yang pernah dilaporkan mengenai pemimpin nombor satu Pulau Pinang ber­kenaan di laman sosial baru-baru ini.

Selain itu, kata beliau, Gerakan akan mengadakan ‘road show’ di Pulau Pinang untuk berjumpa de­ngan rakyat negeri itu bagi menjelaskan beberapa isu termasuk skandal banglo RM2.8 juta yang melibatkan Guan Eng.



Utusan

No comments:

Post a Comment